Khusus kepada pemilik drone, kini anda perlu dapatkan permit untuk menerbangkan drone. Ikuti langkah dan cara permohonan ini yang dikeluarkan oleh pihak CAAM.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan kepada semua pengguna dron perlu dapatkan permit terlebih dahulu sebelum ingin menerbangkan dimana-mana tempat sekali pun.
Permohonan permit ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tahap keselamatan penggunaan dron di negera ini. Bukan semua tempat boleh diterbangkan drone dan bukan semua ketinggian dibenarkan.
Jadi anda perlu memohon permit tersebut terlebih dahulu dengan maklumat yang dikongsikan oleh pihak CAAM di facebook dan laman web.
Cara Memohon Permit Dron Daripada CAAM
Untuk semua pengguna dron dan ingin menerbangkannya, anda perlu mengisi borang terlebih dahulu dan perlu dihantar kepada drone.atf@caam.gov.my sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti dilakukan. Anda boleh dapatkan borang permohonan disini.
Untuk bayaran fee pula ianya dimengandungi 2 jenis drona iaitu:
- Dron/UAS dengan berat lebih 20kg - RM1000
- Dron/UAS dengan berat kurang 20kg - RM250
Penalti akan dikenakan kepada mereka yang gagal dapatkan permit bagi melakukan aktiviti penerbangan dron dengan bayaran RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan panduan penuh di laman web CAAM