Sebab tahun 2020 sudah sampai ke pengakhiran, jadi jom kita tengok 5 tweet paling popular yang pernah viral di Malaysia sepanjang tahun 2020.
Di Twitter, jika sesebuah tweet tersebut dianggap viral apabila ianya mempunyai jumlah tontonan (views), jumlah Retweet dan Liked yang tinggi dan banyak. Sekali gus ianya memberikan impression dan engagement kepada tweet tersebut.
Ditambah pula pada tahun pandemik 2020 ini, rakyat Malaysia rata-ratanya menghabiskan masa di rumah sekali gus banyak masa bersama telefon pintar terutamanya pada media sosial seperti Twitter ini. Jadi lebih tinggilah kebarangkalian tweet tersebut untuk viral.
BACA : Tweet Paling Popular Tahun 2019
Jadi jom kita tengok tweet manakah yang paling popular iaitu paling banyak Retweet dan Liked di Malaysia sepanjang tahun 2020 ini.
Tweet Paling Popular Di Malaysia Tahun 2020
Nampaknya dalam senarai, Hero Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham tersenarai antara tweet yang paling popular. Apa-apapun jom tengok senarai penuh.
#1 - Permohonan Maaf Daripada Fizi Yang Sangat Comel
Siapa sangka sebuah animasi keluaran Les' Copaque sepertinya hidup dikalangan rakyat Malaysia. Pada awalnya video Fizi yang terlepas cakap kepada Upin Ipin berkaitan ibubapanya menjadi viral. Sedangkan ianya adalah sebuah penceritaan yang biasa sahaja.
Fizi dah minta maaf 🙏
— Les' Copaque (@lescopaque) June 2, 2020
Upin dan Ipin pun dah maafkan 🥰 pic.twitter.com/yWOKJnpYNb
Tetapi tidak cukup dengan itu, nitizen mahukan Fizi memohon maaf secara terbuka kepada Upin Ipin. Jadi permintaan itu dikabulkan oleh pihak Les' Copaque apabila mereka keluarkan klip video khas dimana Fizi memohon maaf kepada Upin Ipin.
Video ini mendapat feedback yang sangat baik daripada seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, cara Fizi memohon maaf sangat comel dan adoreable.
Sehingga kini, tweet bersama video tersebut telah mendapat lebih 110k Retweet, 159k Liked dengan 2.4 juta jumlah tontonan dan menjadikan tweet paling popular di Malaysia.
#2 - Seorang Pemimpin Yang Rendah Hati
Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar bagi seluruh rakyat Malaysia apabila negara dilanda wabak COVID-19. Jadi kita semua diarahkan untuk duduk dirumah diam-diam bagi mengelakkan penularan. Tetapi petugas barisan hadapan terus bekerja berdepan risiko jangkitan dan mereka semua telah dipimpin oleh Dr. Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.
Dalam waktu itulah, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada frontliners terutamanya Dr. Noor Hisham bagi mengerahkan waktu dan masa bagi melawan pandemik ini.
So my lil sister wrote a letter for Dr Hisham and sent it to his office. Then today got a whatsapp message with this pic of the official surat, Dr Hisham punya reply to my lil sis. He is so humble and I respect him a lot with what his contributions for our country. pic.twitter.com/IfXMRNaIDH
— iman (@imancullen_) April 17, 2020
Dengan itulah, telah viral surat daripada seorang kanak-kanak yang mengutuskan surat kepada Dr. Noor Hisham bagi mengucapkan terima kasih disamping pemberian hadiah seutas gelang.
Tidak cukup dengan itu, surat tersebut telah dibalas oleh Dr. Noor Hisham sendiri walaupun beliau sangat sibuk atas urusan berkaitan kesihatan ini.
Tweet surat kanak-kanak dan surat balas Dr. Noor Hisham kini telah mendapat 84k Retweet bersam-sama 93k Liked sehingga kini.
#3 - Nasihat Daripada Dr. Noor Hisham
Dr. Noor Hisham sekali lagi viral di Twitter apabila melontarkan nasihat berkaitan SOP dan norma baharu di akaun twitter milik beliau sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 28, 2020
Dalam ciapan beliau tersebut, sepertinya Dr. Noor Hisham mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh SOP seperti penjarakan fizikal, pakai face mask dan sentiasa cuci tangan.
Ianya juga diingatkan dari hari pertama sidang media kesihatan lagi iaitu sejak PKP pada bulan Mac 2020. Tweet tersebut mendapat 76k Retweet dan Liked masing-masing sehingga kini.
#4 - Pening Adik Tu
Sebuah video viral apabila menunjukkan seorang dewasa sedang berlawak dan memeningkan kanak-kanak ini perihal siapa yang sepatutnya selamatkan orang yang bunuh diri.
bodolah member aku game budak ni 😭😭😭🤣👆🏼 pic.twitter.com/OPQeab2Ue8
— Kasyehhhh ➐ (@seketulakasah) February 26, 2020
Ketawa kecil juga la tengok video tersebut lagi-lagi face impression daripada budak tersebut apabila dia pening dengan penerangan abang tersebut.
Tweet tersebut juga viral sehingga peroleh 74k Retweet, 70k Liked dengan 1.4 juta jumlah tontonan
#5 - PM Tahu Apa Rakyatnya Buat Di Rumah
Rakyat Malaysia telah menghadapi PKP selama 3 bulan bermula Mac 2020. Sejak hari itu, semua orang duduk di rumah dan buat segala aktiviti di dalam rumah.
Habis la PM tahu apa korang buat kat rumah pic.twitter.com/ImA5WR4XUO
— 🌕 (@pzullicious) April 6, 2020
Jadi terdapat pelbagai aktiviti kreatif yang dibuat antaranya si suami pakai baju kelawar si isteri, cuba masakan unik, main basikal di dalam rumah dan ada juga edit dan mengubah ucapan Perdana Menteri jadi lagu.
Jadi perkara ini semuanya disebut oleh Perdana Menteri ketika pengumuman khas dibuat seolah-olah beliau tahu apa yang rakyat buat ketika berada di rumah terutamanya ucapan beliau diubah menjadi lagu rap. "Kesana, kesini, kesana, kesini"
Sehingga kini Tweet tersebut mendapat 73k Retweet dan 58k Liked bersama 776k jumlah tontonan.
Anda pernah lihat tak tweet ni di Timeline anda sebelum ini? Jika belum, go check it out!