Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Sekadar Mengisi Minyak Di Pam

Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Sekadar Mengisi Minyak Di Pam

Selepas seharian viral di media sosial apabila memberitahu orang ramai perlu imbas aplikasi MySejahtera apabila ingin mengisi minyak di stesen minyak.

Dengan keputusan itu, rata-rata nitizen tidak bersetuju dengan SOP yang diviralkan ini. Ini kerana seperti menyusahkan pengguna lagi-lagi jika ada yang sekadar bayar di luar kaunter atau bayar menggunakan aplikasi Setel.

Oleh itu, hari ini Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob menjawab persoalan melalui sidang media harian.

Kita sedia maklum, fungsi aplikasi MySejahtera adalah memudahkan urusan contact tracing dan pemakluman kes COVID-19 berhampiran kita. Dengan aplikasi ini, mudah KKM pantau kesihatan penduduk di seluruh Malaysia.

Perlu Imbas MySejahtera?

Berikut merupakan jawapan daripada Menteri Keselamatan berkaitan isu SOP ini :

Jika transaksi dibuat di dalam kedai minyak (beli petrol, diesel atau beli barang, keluar duit ATM) guna tandas dan surau, anda perlu daftar aplikasi My Sejahtera atau secara manual.

Jika anda membayar menggunakan kad debit/kredit atau menggunakan aplikasi Setel di pam minyak sahaja tanpa bertemu sesiap, anda tidak perlu imbas aplikasi MySejahtera.

Jika anda bayar di kaunter tapi berada di luar dan ada penghalang cermin, juga tidak perlu daftar  atau imbas guna MySejahtera atau manual.

Kalau anda singgah untuk mengisi angin tayar pun, anda tidak perlu imbas MySejahtera.

Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Sekadar Mengisi Minyak Di Pam

Harap persoalan yang timbul sebelum ini berkaitan SOP di stesen minya sudah jelas. Adalah lebih senang bayar je guna kad atau menggunakan aplikasi Setel kan. Tak perlu nak bersentuhan dengan orang lain. Lebih selamat


sumber gambar : lowyat

Post a Comment

Previous Post Next Post