Yang Lulus Permohonan Rayuan BSH, Pembayaran Akan Disalurkan Mulai 23 November 2020

Yang Lulus Permohonan Rayuan BSH, Pembayaran Akan Disalurkan Mulai 23 November 2020

Berita baik kepada penerima yang lulus rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dimana pembayaran akan mula disalurkan mulai 23 November 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 ini melibatkan 210,000 penerima yang akan memanfaatkan 192,000 isi rumah dan 18,000 peneriman bujang (40-59 tahun) dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta.

Sebagai rekod, permohonan rayuan BSH 2020 ini telah dibuka antara 7 Ogos hingaa 6 September 2020 yang lalu bagi memastikan bantuan ini dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Pemohon yang ditolak permohonannya sebleum ini telah dapat mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Cara Buat Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020

Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat di portal BSH bsh.hasil.gov.my mula 16 November 2020. Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai 23 November 2020.

Anda boleh semak pada tarikh tersebut kelak.


sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post