Nampak sepertinya keadaan jangkitan COVID-19 sedikit meningkat apabila Kerajaan memutuskan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan untuk tempoh 4 minggu.
Jika sebelum ini, di semenangjung hanya Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa daerah melalui PKPB tetapi tidak kali ini.
PKPB di 8 Buah Negeri Di Semanjung Malaysia
Melalui pengumuman Menteri Klaster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang harian sebentar tadi, kesemua negeri di semenanjung Malaysia akan melalui PKPB untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020 kecuali negeri Pahang, Perlis dan Kelantan.
Negeri baru yang terlibat PKPB adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu serta termasuk negeri sedia ada iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ketiga-tiga negeri ini masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Oleh itu sepanjang PKPB ini, rakyat di negeri yang terlibat tidak dibenarkan rentas daerah dan rentas negeri tanpa kebenaran daripada pihak Polis. Manakala bagi negeri-negeri yang tidak terlibat, mereka boleh rentas daerah tetapi tidak dibenarkan untuk memasuki negeri yang terlibat dengan PKPB tanpa surat kebenaran polis.
BACA : Dapatkan Surat Kebenaran Rentas Sempadan Atau Borang Permit Pergerakan Disini
Seperti yang diumumkan, segala Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kawasan PKPB adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini bagi negeri Selangor, Putrajaya dan Wilayah Kuala Lumpur.
Jadi diharapkan kepada semua mereka yang terlibat supaya duduk dirumah jika tiada hal penting. Jika ingin keluar atas urusan kerja, pastikan ikuti segala SOP yang ditetapkan dan sila jaga diri sehabis baik. Kita mampu menang guys!
SOP Sepanjang PKPB
SOP bagi PKPB di negeri-negeri ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya :
Pergerakan keluar masuk/rentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasa dan perlu mendapat kebenaran daripada Polis.
Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.
Aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat 5 waktu dan solat jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Semua kegiatan ekonogi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.
- Pasar Harian dibuka jam 6 pagi - 2 petang
- Pasar Borong 4 pagi - 2 petang
- Pasar Tani 6 pagi - 12 tengah hari
- Pasar Malam bermula 4 petang hingga 10 malam dengan SOP yang ketat
Operasi Stesen Minyak bermula 6 pagi hingga 10 malam kecuali di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.
Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Waktu operasi klinik, hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala Farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8 pagi hingga 11 malam. Maklumat lanjut SOP boleh rujuk dilaman sesawang MKN.
Diharapkan pihak frontliners terus kuat dan berjuang bagi mengalahkan virus ini sehingga vaksin dijumpai kelak.