Berita gembira untuk warga Kuala Lumpur, permohonan lesen sementara KL Prihatin bagi berniaga di sekitar Kuala Lumpur kini dibuka bermula 15 November 2020.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini mengumumkan dimana, selepas ini warga kota bebas untuk berniaga di sekitar Kuala Lumpur, dimana-mana sahaja tetapi pastikan tempat tersebut sesuai dan selamat serta tidak menganggu orang awam lain.
Inisiatif ini pastinya memberi nafas lega terutamanya kepada golongan peniaga kecil yang terkesan sepanjang PKP dan PKPB disebabkan pandemik COVID-19. Kini mereka mampu untuk mencari rezeki kecil-kecilan bagi menampung keluarga dengan hasil perniagaan.
BACA : Panduan Dan Cara Mulakan Bisnes Aiskrim Secara Part-time
Tetapi mestilah memohon lesen bagi memudahkan kelangsungan aktiviti sepanjang perniagaan. Paling best sekali, ianya percuma sahaja! Oleh itu, pihak Majlis Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL telah menyediakan syarat-syarat lesen sementara ini serta kaedah permohonan.
Permohonan Lesen Berniaga Sementara KL Prihatain
Permohonan lesen KL Prihatin ini dibuka bermula 15 November 2020 sehingga 31 Mac 2021. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan disediakan dibawah
elesen.dbkl.gov.my/Icon/button
Atau anda juga boleh muat turun borang yang lengkap (melalui pautan diatas) dan diisi beserta dokumen sokongan yang diperlukan sebelum dihantar:
- Salinan kad pengenalan
- Pelan lokasi
- 1 gambar lokasi
- Surat kebenaran pemilik tanah/bangunan/kompleks (jika berkaitan)
Lokasi penghantaran borang:
- Lokasi awam/persendirian - hantar di Pejabat Cawangan DBKL mengikut Parlimen atau
- Lokasi di Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang diselia oleh DBKL - hantar di Pejabat Zon perumahan yang berdekatan
Bagi permohonan yang diluluskan, pemohon boleh cetak lesen sendiri atau ambil di Kaunter Pejabat Cawangan / Pejabat Zon Perumahan
BACA : Panduan Dan Cara Bisnes Burger Dengan Pendapatan 4-5 Angka Sebulan
Syarat Permohonan
Pemohon mestilah:
- Wargananegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Penglibatan warga asing adalah dilarang dan menjadi satu kesalahan
Lokasi Atau Tapak Yang Dibenarkan
Tapak permohonan aktiviti tertakluk kepada kelulusan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Tapak dalam kawasan persendirian/ bangunan/ kompleks kerajaan perlu mendapat kebenaran pemilik atau pihak pengurusan.
Jenis Aktiviti Perniagaan
Ada aktiviti perniagaan yang dibenarkan dan ada aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan
Dibenarkan
1. Makanan dan Minuman - Aktiviti menggoreng dalam skala kecil adalah dibenarkan dengan syarat hanya penggunaan 1 tungku dapur sahaja
2. Barangan Kecing - Seperti pakaian, kasut dan sebagainya
3. Buah-Buahan
4. Barangan Mentah / Basah
BACA : Panduan Dan Cara Bisnes Air Balang Jus Buah-Buahan
Tidak Dibenarkan
1. Barangan kawalan seperti tembakau, bahan letupan, vape, alkohol dan lain-lain yang menyalahi undang-undang
2. Perkhidmatan dan sewaan seperti 'kiddy ride', urutan, judi, gunting rambut, basikal dan sebagainya.
Syarat-Syarat Lesen
- Terhad kepada satu orang/ satu lokasi sahaja
- Jualan secara take away sahaja
- Pelesen perlu mengambil suntikan tifroid (bagi aktiviti perniagaan makanan dan minuman sahaja)
- Pembinaan strukur semi kekal tidak dibenarkan
- Tidak dibenarkan meletakkan kerusi/ meja untuk pelanggan
- Menyediakan tong sampah yang bertutup dan memastikan kebersihan dijaga
- Mengosongkan tapak perniagaan selepas waktu perniagaan
- Mematuhi SOP yang digariskan oleh MKN, KKM dan UUK Pelesenan Penjaja WPKL 2016
Waktu Perniagaan
Pagi : 7 pagi - 11 pagi
Tengah Hari : 11 pagi - 3 petang
Petang : 3 petang - 7 petang
Malam : 7 petang - 10 malam
Peralatan dan saiz tapak dibenarkan iaitu meja lipat & dialas dan saiz kanopi / tapak 8' x 8'