Satu lagi kes jangkitan COVID-19 yang melibatkan kawasan orang ramai. Kali ini melibatkan gedung IKEA Damansara dan sekali gus ditutup bagi menjalani proses sanitasi dan nyahkuman.
Sepertinya Selangor dari hari ke hari akan berlaku penambahan jangkitan COVID-19. Selangor merupakan antara negeri yang diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November 2020.
BACA : PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dilanjutkan Sehingga 9 November 2020
Jika sebelum ini terdapat beberapa pusat beli belah juga dilaporkan mempunyai kes jangkitan yang melibatkan pekerja dan pengunjung dan akhirnya terpaksa ditutup untuk beberapa hari bagi proses sanitasi dan nyahkuman keseluruhannya.
Nampaknya kejadian itu masih lagi terjadi apabila kali ini melibatkan sebuah gedung perabut terbesar di Damansara iaitu IKEA Damansara.
IKEA Ditutup Hari Ini Berikutan Kes Jangkitan COVID-19
Hari ini, pihak pengurusan IKEA Malaysia melaporkan dimana salah seorang pekerja sambilan mereka iaitu di IKEA Damansara telah disahkan positif COVID-19 pada 6 November 2020. Pesakit tersebut telah berada dalam pengawasan pihak berwajib sejak 30 Oktober 2020 yang lepas. Oleh itu, sejak daripada tarikh tersebut, pekerja tersebut tidak hadir untuk bekerja di IKEA Damansaran.
Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), IKEA Damansara akan melalui proses nyahkuman pada hari ini. Oleh itu, IKEA Damansara akan ditutup pada hari ini iaitu Sabtu, 7 November 2020 dan akan bermula operasi semula pada 8 November 2020.
Dalam masa yang sama, pihak IKEA akan terus bekerjasama dengan pihak KKM bagi memastikan segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan akan diikuti oleh semua pengunjung yang hadir di mana-mana gedung IKEA seluruh Malaysia.