Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) Disalurkan Mulai 30 November 2020

GKP 2.0 Disalurkan Mulai 30 November 2020

Sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan permohonan semula untuk Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) di bawah pakej ransangan ekonomi KITA PRIHATIN.

Melalui pakej atau GKP 2.0 ini ini, Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Tujuan GKP 2.0

Kesan penularan pandemik COVID-19 ini pastinya antara golongan yang terjejas adalah peniaga. Jadi tujuan GKP 2.0 ini adalah bagi meringankan beban kewangan perniagaan dan sekali gus meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikri.

Tempoh Permohonan

Jadi sebelum ini, pada mereka yang layak, permohonan GKP 2.0 telah dibuka antara 1 hingga 31 Oktober 2020 yang lepas. Segala permohonan telah dibuat dan ditapis bagi memberi bantuan kewangan ini kepada mereka yang betul-betul layak.

Justeru itu, selepas proses permohonan selesai, Kementerian Kewangan menerusi Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul telah mengumumkan dimana 304,000 PKS mikro layak menerima GKP 2.0 ini.

Oleh itu, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 November 2020. Anda juga boleh buat semakan status kelulusan mulai 27 November 2020 di Portal GKP atau klik pautan gkp.hasil.gov.my

Dengan status kelulusan GKP 2.0 ini, Kerajaan menganggarkan peruntukan adalah sebanyak RM912 juta khusus untuk bantuan kewangan ini sahaja. 


sumber : Kementerian Kewangan

Post a Comment

Previous Post Next Post