Berita baik untuk pengguna bas di Putrajaya, bermula 1 November 2020 akan disediakan bas tambang percuma Putrajaya kepada semua warganegara Malaysia.
Kemudahan bas percuma di seluruh Wilayah Putrajaya ini melibatkan semua 12 laluan bas Nadi Putra di dalam Putrajaya tersebut. Jadi kepada warganegara Malaysia iaitu pemegang MyKad, anda akan dapat nikmati tambang percuma
Bas tambang percuma Putrajaya ini merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Wilayah Prihatin Kementerian Wilayah Persekutuan. Oleh itu, gunakan sebaik mungkin kemudahan ini. Boleh naik bas ramai-ramai.
Cara Dapatkan Tambang Bas Percuma Nadiputra
Nadiputra telah kongsikan langkah-langkah yang perlu di ambil oleh penumpang untuk nikmati perkhidmatan ini :
Bagi penumpang yang telah berdaftar sebagai pengguna sistem Putrapay, kaedah meniki bas adalah seperti biasa dengan menyentuh kod QR pada skrin alat tablet bas. Tiada caj akan dikenakan sistem dan sekali gus ini turut memenuhi SOP pendaftaran penumpang untuk tujuan 'contact' tracing' membendung pandemik COVID-19.
Manakala untuk penumpang baru (belum daftar), sila ke kaunter Nadiputra di Putrajaya Sentral untuk mendaftar akaun Putrapay.
Pengguna sedia ada Putrapay yang masih memiliki baki kredit pada 1 November 2020 boleh menuntut kembali baki wang tersebut. Cara memohon dan menerima bayaran akan dimaklumkan kelak dan dianggar akan bermula di pertengahan bulan November 2020.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan, boleh hubungi nombor 019-2822280
Laluan Terlibat Bas Percuma Nadiputra
Laluan utama T500 diperkenalkan bermula di hentian bas kompleks E Presint 1 dan melalui Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E), Persiaran Perdana (Presint 2 & 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4 dengan kekerapan setiap 5 minit di waktu puncak, setiap 10 minit di waktu bukan puncak dan setiap 30 minit pada hari cuti.
11 laluan lain melibatkan kawasan perumahan, komersil dan pejabat selain di Presint 1-4 dengan kekerapan setiap 15 minit di waktu puncak, setiap 20 minit di waktu bukan puncak dan 30 minit pada hari cuti.
Laluan utama (T500) dihubungkan dengan beberapa laluan lain di 2 buah hentian bas transit iaitu di Kompleks E, Presint 1 dan Dataran Gemilang, Presint 4.
Untuk laluan dan kekerapa bas boleh lihat jadual dibawah :
Waktu perkhidmatan bas Nadiputra
Kesemua 12 laluan melibatkan 40 buah bas iaitu 37 bas diesel dan 3 bas nedo
Jadual laluan bas Nadiputra
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.papsb.com.my