PKPB Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Berkuatkuasa Pada 14 Oktober 2020

PKPB Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Berkuatkuasa Pada 14 Oktober 2020

Keadaan menjadi semakin serius nampaknya. Jika sebelum ini PKPP, kini seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober 2020.

Pada awalnya, sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan PKPB dijalankan di mukim Klang yang telah bermula pada 9 Oktober yang lepas. Ianya melibatkan 36 kawasan.

Hari ini sekali lagi diumumkan dalam sidang media harian dimana PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam sehingga 27 Oktober 2020. Pastinya keputusan ini dibuat kerana peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang sedang melanda kawasan dan negeri itu.

Selain itu juga, seluruh Sabah juga akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) yang akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk  membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis  perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
  • Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post