Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di 3 daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
Keputusan ini dibuat selepas sebuah mensyuarat khas Menteri-Menteri dibuat bagi mendengar situasi semasa COVID-19 bagi seluruh negeri Sabah. Justeru arahan ini perlu dibuat bagi mengekang dan memutuskan rantaian jangkitan virus ini.
Oleh itu, PKPB ini akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam pada 7 Oktober 2020. Dengna itu, segala pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmantan perlu (Essential Service) sahaja dibenarkan.
Antara SOP yang ditetapkan
Dengan pengumuman PKPB ini, mereka yang berada di dalam kawasan ini perlu patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM antaranya :
- Kemasukan ke Sabah adalah tidak dibenarkan KECUALI bagi warganegara yang berasal dari Sabah, Pemegang Pas-Pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan pasangan yang menjalankan Perkhidmatan Perlu (Essential Services). Selain kategori ini, mereka diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.
- Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
- Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.
- Restoran, kedai makan dan kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 hingga 6.00 petang.
- Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
- Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
- Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
- Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
- Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
- Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
- Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi. Pergerakan petugas/ penumpang perlu mendapatkan kelulusan PDRM terlebih dahulu.
- Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
- Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
- Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
- Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
- Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
- Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
- Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM
- Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan KanakKanak.
- Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.
- PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada bilik gerakan Bencana Negeri Sabah di 088-369434.
Setakat ini, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dan kawalan rentas daerah di seluruh Sabah. Kini PKPB pula di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
Stay Strong Sabah!
sumber : MKN