Satu lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan berlaku di shopping mall. Kali ini ianya berlaku di Fitness First yang berada di pusat beli belah Setia City Mall. Ianya dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan mall tersebut sebentar tadi.
Jangkitan ini melibatkan salah seorang ahli fitness centre tersebut apabila beliau sendiri memberitahu yang beliau telah positif COVID-19. Sesulan daripada itu, Fitness First telah mengarahkan staff dan kakitangan bagi melakukan saringan dan menjalani kuarantin diri selama 14 hari.
Dalam pengumuman itu juga, pihak pengurusan Setia City Mall dan Fitness First telah bekerjasama bersama pihak KKM bagi menjalankan proses sanitasi di premis tersebut beserta dibahagian-bahagian yang terdedah dengan jangkitan.
Oleh itu, orang ramai diminta untuk terus patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM sepanjang berada di luar rumah terutama di tempat-tempat awam yang risiko jangkitannya lebih tinggi. Sebelum ini juga, telah berlaku di beberapa shopping mall yang melibatkan pekerja yang dilaporkan positif COVID-19.
Kita sedia maklum, virus COVID-19 ini telah berada di komuniti yang pastinya kita tidak nampak lihat. Yang kita dapat lihat adalah peningkatan demi peningkatan jumlah kes positif dari hari ke hari. Oleh itu, teruskan cakna dengan persekitaran dan sentiasa memakai face mask, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer.
sumber : Setia City Mall