Jom Ikuti Cara Masak Dan Resepi Laksa Untuk Dihidangkan Kepada Yang Tersayang

cara masak dan resepi laksa 2020

Kalau teringin nak makan laksa air tangan sendiri. Anda boleh lihat resepi laksa mudah untuk anda masak dan hidangkan kepada yang tersayang.

Kita sedia tahu, Malaysia kaya dengan pelbagai juadah makanan termasuklah laksa. Kebiasaanya hidangan ini merupakan gabungan antara mee laksa dengan kuah laksa. Lebih mempelbagaikan lagi juadah ini, hampir setiap negeri mempunyai hidangan yang berlainan tetapi masih menggunakan konsep yang sama.

Jika di Sarawak ada laksa sarawak, ada laksa johor, ada laksa pahang, ada laksa pinang dan sebagainya. Tetapi semuanya sedap tau. Boleh cuba. 

Jadi untuk resepi laksa kali ini adalah resepi laksa pinang seperti yang dikongsikan oleh Ameera di facebook. Kita boleh lihat bagaimana resepi beliau untuk hasilkan laksa dan cara masak mee laksa tersebut.

Resepi Laksa Dan Cara Masak

Seperti daripada perkongsian resepi laksa ini, ianya hanya mengambil masa 25 ke 30 minit sahaja. Jadi mudah dan cepatlah untuk disiapkan dan dihidangkan kepada keluarga tersayang kan.

Bahan-Bahan

  • Ikan kembung
  • Belacan
  • Cili kering 10 tangkai
  • Cili merah 2 biji
  • Cili padi 10 biji
  • Bawang besar 4 biji
  • Asam keping
  • Daun kesom dan kantan
  • Mee laksa

Cara Masak

1 - Ikan kembung lemak. Rebus kesemua ikan tersebut di dalam kuali.

rebus ikan kembung

2 - Blend je semua kepala dan tulang semua. Jangan takot. Kang kita tapis. Pakai air paip je.

blend semua ikan

3 - Guna blender lebih mudah. Blend sehingga semua tulang hancur

blend semua ikan

4 - Selesai blend. Tapis di atas penapis bagi mengasingkan lebihan tulang ikan dan air serta isi ikan tersebut

tapis air ikan

5 - Tulang sudah diasingkan. Jika terlalu pekat, boleh tambah air sedikit

tambah air laksa

6 - Blend semua bahan seperti belacan, cili kering, cili merah, cili padi dan bawang.

blend bahan

blend bahan

7 - Kemudian ampak dalam periuk, jangan letak minyak. Masak dalam 10 minit sambal ini

masak sambal laksa

8 - Ambil segengam asam keping, masukkan dalam sambal dan biar kembang dan rasa masam-masam

masukkan asam keping

9 - Jika sambal dah masak , tuang air ikan yang sudah diblend tadi ke dalam periuk yang sama

campur dalam periuk air ikan

10 - Terus masuk kan daum daun kantan dan kesom.

masukkan daun kantan dan kesom

11 - Biar menggelegak yang menunjukkan dan siap masak.

12 - Akhir sekali jangan lupa untuk sediakan mee laksa. Cara masak mee laksa, hanya rebuskan ia sehingga lembut dan tapiskan. Sekejab sahaja

cara masak mee laksa

13 - Dah siap, boleh hidangkan kepada keluarga dan yang tersayang


sumber : ameera

Post a Comment

Previous Post Next Post