Harga Rasmi Proton X50: Bermula RM79k Sehingga RM103k

Harga Rasmi Proton X50: Bermula RM79k Sehingga RM103k

Proton baru sahaja melancarkan secara rasmi model baharu Proton X50 bersama-sama dengan harga untuk 4 varian. Harga yang ditawarkan bermula RM79,200 sehingga RM103,300.

Model SUV ini sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia sejak 2 tahun yang lepas lagi dan dikatakan bakal mencetuskan fenomena. Jadi hari ini melalui pelancaran rasmi ke pasaran Malaysia yang dibuat secara virtual dan dikongsikan menerusi laman facebook rasmi Proton Holdings Bhd (PROTON).

Harga Rasmi Proton X50

Melalui Proton X50, terdapat 4 varian daripada model ini. Bagi varian standard harga yang ditawarkan adalah RM79,200 (Harga atas jalan tanpa insurans), manakala varian Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian termahal iaitu Flagshop adalah pada tanda harga RM103,300. 

harga rasmi proton x50

Selain itu, model ini didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Harga Rasmi Proton X50: Bermula RM79k Sehingga RM103k

Varian flagship ianya dikuasakan dengan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT manakala bagi 3 varian lain ianya dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo.

Proton X50 didatangkan dengan 6 beg udara, kamera undur, kamera 360, paparan skrin sentuh dan pastinya yang menarik perhatian ramai pada pada parking assist dimana ianya dapat membantu parking kereta dengan sendiri mengikut varian.

Harga Rasmi Proton X50: Bermula RM79k Sehingga RM103k

Harga Rasmi Proton X50: Bermula RM79k Sehingga RM103k

Harga Rasmi Proton X50: Bermula RM79k Sehingga RM103k

Jadi ada yang berminat? Tunggu apa lagi, lawati premis jualan Proton yang terdekat untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Proton X50 ini.


sumber gambar : soyacincau dan bharian

Post a Comment

Previous Post Next Post