Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 hingga 26 Oktober 2020.
Ini bagi mengekang penularan COVID-19 yang dari hari ke hari menunjukkan peningkatan terutamanya di 3 kawasan ini yang sepertinya virus ini sudah berada di dalam komuniti.
Jadi sepanjang PKPB ini, Kerajaan melalui PDRM, ATM dan RELA akan mengawal segala pergerakan keluar masuk dan rentas negeri. Tiada siapa dibenarkan untuk keluar atau masuk ke kawasan PKPB tanpa kebenaran pihak Polis,
Selama 2 minggu arahan ini, pihak MKN dan KKM telah mengeluarkan dan menyediakan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) supaya semua penduduk di kawasan ini mengikut segala arahan yang ditetapkan.
Jadi pastinya akan ada beberapa pemain industri sedikit terkesan dengan arahan PKPB ini termasuklah industri hiburan.
Gegarvaganza 7 Tetapi Diteruskan Tetapi Tanpa Kehadiran Penonton
Sebuah rancangan hiburan Astro, Gegarvaganza 7 kini baru sahaja bermula pada 11 Oktober yang lepas. Jadi pada 18 Oktober 2020 ini merupakan minggu kedua persembahan.
Disebabkan mengikut syarat SOP yang ditetapkan kerajaan, GV7 tetap akan diteruskan penyiaran tetapi tanpa kehadiran penonton sepanjang PKPB ini yang diadakan di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap minggu.
Menerusi perkongsian pengurus Saluran Astro RIA, Emarina Mohd Kamal berkata, selain daripada tiada penonton, hanya kru produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja yang akan dibenarkan berada di lokasi selain daripada barisan peserta.
Disebabkan PKPB ini akan berakhir pada 26 Oktober, jadi konsert minggu kedua (18 Oktober 2020) dan konsert minggu ketiga (25 Oktober 2020) akan tetap bersiaran secara langsung dari PICC seperti biasa.
sumber : Harian Metro