Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Wilayah Klang/Shah Alam Bermula 9 Malam

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Wilayah Klang/Shah Alam Bermula 9 Malam

Air Selangor telah mengeluarkan siaran media dengan memberitahu dimana telah berlaku gangguan bekala air tidak berjadual di Wilayah Klang dan Shah Alam bermula malam ini (12 Oktober 2020) jam 9 malam.

Gangguan ini disebabkan insiden paip pecah oleh pihak ketiga yang menyebabkan bekalan air tidak berjadual berlaku. Seperti yang dimaklumkan, kejadian paip pecah ini telah berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam pada 12 Oktober 2020.

Justeru itu, bekalan air ditutup pada jam 9 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan ianya dijangka siap pada 9 pagi, 13 Oktober 2020.

Kawasan Yang Terjejas

Berikutan kejadian ini, 6 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekala air tidak berjadual ini yang melibatkan para pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam.

Bekalan air dikawasan yang terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 3 petang, 13 Oktober 2020. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekala air disalurkan semua setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

Jadi kepada semua pengguna yang terlibat dengan kawasan yang terjejas ini, anda boleh dapatkan maklumat dari semasa ke semasa melalui laman sosial rasmi Air Selangor atau terus ke laman sesawang di www.airselangor.com


sumber : Air Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post