Kini baby pasangan Fattah Amin dan Fazura sudah berumur 7 tahun dan mereka telah dedahkan nama si comel di dalam sebuah posting video di akaun Instagram
Pada 7 hari yang lepas, melalui Instagram Fattah Amin, dia memberitahu dimana isterinya, Fazura telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang pertama iaitu pada 2 Oktober 2020. Pada posting tersebut, Fattah Amin bersyukur kerana ibu dan bayi selamat dan dilahirkan sihat dan sempurna.
Kemudian dia menambah lagi, dimana mereka akan terus merahsiakan nama dan wajah anaknya sehingga selepas 7 hari selaras dengan sunnah Rasullulah SAW.
Kini selepas 7 hari, mereka kongsikan klip video Fazura bersama bayinya yang juga turut mendedahkan nama di akaun Instagram fattzuralovelife. Fattah Amin dan Fazura namakan anak perempuanya, Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Katanya anakandanya masih muda untuk media sosial, jadi tiada pendedahan wajah comel lagi daripada mereka.
Sebelum ini, pasangan Fattah Amin dan Fazura telah diijab kabulkanpada 26 November 2017.
Kini akhirnya, mereka telah dikurniakan cahaya mata yang comel dan pastinya akan memberikan lebih makna kepada keluarga mereka selepas ini. Semoga amanah daripada Allah itu dijaga dengan baik oleh ibubapanya dan semoga Nur Fatima Aisya menjadi anak yang solehah