COVID-19 : Kenapa Perlu Kuarantin Diri Selama 14 Hari?

COVID-19 : Kenapa Perlu Kuarantin Diri Selama 14 Hari?

Dalam beberapa hari ini, terdapat satu isu yang membincangkan kenapa mereka yang balik daripada Sabah tidak menjalani kuarantin 14 hari? Setelah disahkan negatif, dalam beberapa hari mereka dibebaskan. Tidak seperti sebelum ini dimana mereka yang balik daripada luar negara, wajib menjalani kuarantin 14 hari.

Jadi untuk menjawab persoalan ini, Public Health Malaysia ada menerangkan disebalik kenapa perlu kuarantin 14 hari tersebut terutamanya bagi mereka yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19. 

Nitizen mempersoalkan, pada hari pertama disaring jika negatif, tidak semestinya sebelum 14 hari tamat akan negatif juga. Ini ditunjukkan melalui kluster Sivagangga sebelum ini. Jadi kuarantin 14 itu perlu, lagi-lagi jika balik daripada kawasan yang berisiko seperti Sabah yang kini telah diarahkan kawalan Rentas Daerah seluruh Sabah dan PKPDB pada 4 daerah.

Kenapa Perlu Kuarantin 14 Hari Jika Pulang Daripada Zon COVID-19?

COVID-19 : Kenapa Perlu Kuarantin Diri Selama 14 Hari?

1.  Mengapa 14 hari? Bukan 10 hari atau 7 hari?

Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 4-5 hari sehingga 14 hari. Kajian juga menunjukkan, 97.5% individu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala pada hari ke 11 selepas dijangkiti. 

2.  Selepas ujian kali pertama, adakah bermakna individu tersebut telah bebas sepenuhnya dari jangkitan? 

TIDAK, walaupun telah disahkan NEGATIF pada ujian kali pertama, individu tersebut masih perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

3. Bilakah seseorang individu boleh dibebaskan sepenuhnya dari tempoh kuarantin?

Pada hari ke 13, ujian ulangan akan dilakukan pada semua individu yang didalam pemantauan. Sekiranya ujian ulangan ini NEGATIF, pembebasan akan diberikan pada hari ke 14. 

4. Adakah sesiapa terkecuali dari menjalani proses kuarantin ini?

  • Pada 25 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menjalani kuarantin wajib setelah 7 petugas istana dikesan postif Covid-19
  • Pada 22 Mei 2020, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setelah salah seorang pegawai yang menghadiri menyuarat pasca kabinet disahkan positif.

COVID-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tapi...

Bersama kita patuh dan mengambil langkah pencegahan untuk mengekang penularan jangkitan. 


Sumber: PHM, WHO- Transmission of SARS-CoV-2 , Implications for infection prevention precautions.

Post a Comment

Previous Post Next Post