COVID-19 : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontak Rapat (Close Contact)?

COVID-19 : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontak Rapat?

Biasa dengar kan, pihak KKM akan mengesan kontak rapat (close contact). Tapi apa maksud kontak rapat tersebut?

Sekarang 1 dunia mengalami penularan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Virus ini pula hanya boleh disahkan selepas membuat saringan dan diuji di dalam maklmal. Jadi ianya mengambil masa beberapa jam atau sehingga beberapa hari bergantung kepada kapasiti makmal tersebut.

Dalam masa tersebut, tidak boleh tidak, jika di Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan proses nyahkuman tempat tersebut dan juga melakukan proses pengesanan kontak rapat. Kenapa mereka perlu dikesan? dan apakah yang dimaksudkan dengan kontak rapat tersebut?

Jadi baru-baru ini, pihak KKM telah mengeluarkan infografik yang lebih mudah difahami berkaitan siapa kontak rapat? Siapakah yang perlu disaring jika ada berdekat dengan pesakit yang dijankiti virus tersebut.

Siapa Kontak Rapat?

Melalui penerangan dan perkongsian daripada KKM, terdapat 5 jenis kontak rapat dan sekali gus jika anda tergolong dalam golongan ini, anda juga patut disaring bagi mengelakkan penularan COVID-19 kepada orang lain.

1.  Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada :

  • Bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang daripada 1 meter ATAU
  • Bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19

COVID-19 : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontak Rapat?

2.  Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap

3.  Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19

4.  Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain

5.  Individu menggembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 sepanjang perjalanan

COVID-19 : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontak Rapat?

Apa Yang Dilakukan?

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat untuk pengambilan ujian saringan COVID-19.

Kontak rapat yang dikesan bergejala akan diuruskan sebagai Patient Under Investigation (PUI) manakala kontak rapat yang tidak bergejala akan diuruskan sebagai Person Under Survellaince (PUS).

COVID-19 : Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kontak Rapat?

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman sesawang KKM di www.moh.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post