Ciri terbaru yang diperkenalkan melalui Spotify. Anda kini boleh cari tajuk lagu berdasarkan bait-bait lirik melalui carian di aplikasi Spotify.
Kita sedia maklum, kini Spotify telah menyediakan ciri tayangan lirik lagu bagi lagu-lagu yang ada di dalam senarai Spotify. Anda boleh dengar atau strim lagu sambil menyanyi bersama dengan tayangan lirik yang keluar mengikut tempo lagu.
Jadi dengan ciri inilah, Spotify sekali lagi memperkemaskan keistimewaan yang ada pada mereka melalui carian lagu melalui bait-bait lirik sahaja.
Ini bermakna, anda taip lirik lagi di bahagian carian, Spotify akan keluarkan semua tajuk lagu yang mempunyai bait lirik tersebut. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh ikuti langkah dibawah.
Dengan ciri ini juga dapat membantu anda cari lagu yang anda minat tetapi anda hanya mengingati liriknya sahaja tanpa ketahui tajuk lagu tersebut. Ciri ini sangat membantu.
Cara Cari Tajuk Lagu Melalui Lirik Di Spotify
Di Spotify sebelum ini, hanya disediakan carian berdasarkan tajuk lagu, tajuk album atau nama artis. Kini ditambah lagi dengan carian berdasarkan lirik lagu. Jika sudah jumpa, nama lagu, artis dan nama album akan terpapar. Ikuti langkah dibawah
Jika ciri ini tidak berjaya, anda perlu kemaskini terlebih dahulu versi Spotify anda kepada yang terbaru dengan layari Play Store atau App Store.
Jika sudah, anda buka aplikasi Spotify seperti biasa dan klik "Search"
Kemudian akan terpapar ruang bahagian carian atau search. Klik di ruangan tersebut dan masukkan lirik lagu yang anda tahu.
Jika liriknya betul, selepas beberapa patah perkataan, akan terpapar nama artis beserta tajuk lagu berdasarkan "Lyrics Match".
Tadaa. Anda dah jumpa lagu kegemaran anda tersebut walaupun pada awalnya, anda hanya tahu bait lirik dia sahaja.
Tak perlu guna google dah, guna Spotify sahaja.