Hari ini aplikasi media sosial yang fokuskan perkongsian gambar dan video, Instagram telah memperkenalkan ciri terbaru iaitu mampu untuk mengubah ikon aplikasi Instagram kepada ikon klasik dan pelbagai ikon lain juga.
Ciri terbaru ini dikongsikan bersempena sambutang ulang-tahun pengenalan Instagram yang ke-10. Instagram mula diperkenalkan pada 6 Oktober 2010 untuk pengguna iOS melalui App Store pada mulanya dan kemudian pada 3 April 2012 barulah dibangunkan bagi pengguna Android.
Sejak dari itu, sudah beberapa kali ikon aplikasi sudah ditukar sehinggalah sekarang yang hanya menggunakan sebuah ikon dengan warna gradient sahaja.
Jadi bersempena menyambut 'ulang-tahun kelahiran', pihak Instagram melepaskan ciri terbaru iaitu anda boleh mengubah ikon aplikasi Instagram kepada ikon klasik yang pernah diperkenalkan oleh Instagram sebelum ini sejak awal penubuhan.
Cara Tukar Ikon Aplikasi Instagram Kepada Ikon Klasik
Untuk dapatkan ciri ini, anda perlu kemaskini aplikasi Instagram kepada versi terbaru iaitu sama ada melalui App Store atau Play Store.
Jika sudah, anda pergi ke Instagram anda dan masuk ke bahagian "Setting".
Kemudian, anda hanya tarik (scroll) ke bawah sehingga terpapar ikon "Hadiah" dan anda akan dibawa ke halaman baru yang memaparkan 12 ikon yang anda boleh gunakan.
Anda hanya perlu pilih sahaja dan klik mana-mana ikon yang anda minati untuk digunakan. Selesai!