Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer. Pasti Sedap!

Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer

Anda boleh ikuti perkongsian resepi pizza roti telur dengan masak hanya menggunakan air fryer sahaja. Pastinya sedap untuk dimakan bersama keluarga.

Perkongsian resepi ini menjadi mudah apabila adanya perkakas dapur Air Fryer. Ia kini seolah-olah menjadi perkakas wajib ada bagi setiap dapur di rumah. Air Fryer juga mempunyai pelbagai jenama yang dijual dengan harga yang berbeza yang menjanjikan kualiti yang terbaik.

BACASenarai Jenama Air Fryer Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Untuk Tahun 2020

Jika anda sudah ada Air Fyer tapi tak tahu nak masak apa selain masak fries, nugget atau makanan segera yang lain. Anda boleh tengok sini resepi Pizza Roti Telur. Penyediaan yang mudah sahaja disamping dengan masakan hanya menggunakan Air Fryer. Pastinya makan akan jadi lebih sihat kerana tanpa minyak yang boleh disediakan dalam masa 10 minit sahaja.

Resepi Pizza Rotil Telur Menggunakan Air Fryer

Dalam resepi ini, anda boleh gunakan apa-apa jenis Air Fryer dan pastikan suhu dan masa di tetapkan seperti yang dikongsikan oleh Puan Noriza Zainal Abidin ini.

Resepi Pizza Roti Telur menggunakan kuantiti bagi menyediakan sebanyak 8 papercup sahaja. Jadi jika anda ingin buat lebih, anda perlu tambah kuantiti bahan-bahan penyediaan

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • 3 keping roti (potong cube)
  • 2 batang sosej
  • 2 sb butter (cairkan)
  • 2 sb sos spaghetti
  • 5 sb susu cair
  • 1 sb mayonis
  • 2 keping cheddar cheese (sekeping potong 4). Nakk tambah cis mozarella pun sodap
  • Sedikit oregano (hiasan atas Cheese)

Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer

Cara-Cara

Campur kesemua bahan yang disenaraikan dan kemudian masukkan ke dalam papercup. Letak kepingan cheese di atas dan tabur sedikit oregano.

Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer

Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer

Adalah lebih baik preheat terlebih dahulu Air Fryer anda. Jika sudah sedia, masukkan kesemua papercup tersebut dan masukkan suhu 160°C selama 10 minit.

Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer

Jika sudah selesai, boleh la makan Pizza Roti Telur! Sedap...

Resepi Pizza Roti Telur Dengan Menggunakan Air Fryer


sumber : noriza Zainal Abidin

Post a Comment

Previous Post Next Post