Peminat churros, apa kata lepas ni anda buat sendiri sahaja dengan ikuti perkongsian resepi dan cara buat churros untuk dimana bersama coklat cair. Sumpah sedap!
Churros ni anda boleh dapatkan di gerai pasar malam dengan harga yang murah atau boleh beli di street churros yang ada di shopping mall dan pasitnya harga lebih mahal. Jadi lepas ni, apa kata buat sendiri je terus.
Boleh buat banyak-banyak untuk dihidangkan dan dimakan bersama keluarga. Cara buatnya tidaklah terlalu sukar yang panting bentuk adunan yang diingin supaya barulah boleh membentuk menjadi adunan churros kan.
Resepi Dan Cara Buat Churros
Penyediaan dengan kuantiti daripada perkongsian ini adalah untuk 2 - 3 orang. Jadi kalau nak buat lebih, tambahkan sahaja kuantiti bahan.
Bahan-Bahan
- 1 cawan air
- 1 sudu gula
- 1 1/4 cawan tepung gandum (boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka)
- 1 bili telur (saiz L)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu butter
Cara-Cara
1. Didihkan air, garam, butter dan juga kecil. Gunakan api kecil
2. Masukkan tepung. Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul dan kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3. Terus masukkan telur dan kacau sebati
4. Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan kedalam acuan. Gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.
6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
7. Akhir sekali, taburkan gula+cinnamon jika suka atau terus sahaja celup dengan coklat cair. Nyum nyum!!
sumber : resepimakanmy