Resepi Dan Cara Mudah Buat Aiskrim McFlurry Ala-Ala McDonalds

Resepi Dan Cara Mudah Buat Aiskrim McFlurry Ala-Ala McDonalds

Nak nikmati kenikmatan dan kesejukan aiskrim, apa kata anda ikuti sahaja resepi dan cara mudah buat aiskrim McFlurry ala-ala McDonalds ni. Daripada beli di McD, kali ini kita buat sendiri sahaja di rumah dan kongsi dengan ahli keluarga lain.

Siapa je tak suka McFlurry yang dijual oleh McDonalds kan. Bagaimana adunan aiskrim vanila beserta biskut orea dicampur sekali di dalam bekas. Apabila makan aiskrim, boleh juga nikmati kerangupan dan kemanisan biskut oreo. Tetapi daripada kita beli di luar, apa kata kali ni buat sendiri sahaja dirumah.

Jadi jika anda ingin cuba resepi mudah ini, anda boleh tengok sini cara buat aiskrim McFlurry ala-ala McDonalds iaitu gabungan antara aiskrim vanila dan biskut oreo.

Cara Buat Aiskrim McFlurry Ala-Ala McDonalds

Cara ini dibuat tanpa membeli aiskrim tau, semuanya buat sendiri

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (kurangkan sukatan jika ingin kurang manis)
  • 1 sudu camca esen vanilla
  • 1 paket biskut oreo
  • 1 sudu besar ovallet (pastikan halal)

Resepi Dan Cara Mudah Buat Aiskrim McFlurry Ala-Ala McDonalds

Resepi Dan Cara Mudah Buat Aiskrim McFlurry Ala-Ala McDonalds

Cara-Cara

1.  Asingkan biskut orea dan krim didalamnya

2.  Hancurkan biskut orea sederhana hancur

3.  Untuk adunan aiskrim, masukkan cucu cair, susu pekat, esen vanila dan ovallet ke dalam mixer dan blender adunan dalam 15 minit

4.  Kemudian jika sudah nampak gebu dan berkrim, masukkan separuh biskut oreo yang sudah hancur tadi ke dalam adunan. Blender dalam 5 minit lagi

5.  Adunan dah siap, boleh masukkan adunan ais krim ke dalam bekas

6.  Boleh taburkan baki biskut orea tadi di atas aiskrim

7.  Jika sudah siap, tutup bekas dan simpan dalam peti ais. Tunggu sehingga ais krim sejuk beku dan jika sudah, siap untuk dimakan!

Resepi Dan Cara Mudah Buat Aiskrim McFlurry Ala-Ala McDonalds

*Tips : Kalau malas sangat, beli aiskrim vanila dan oreo. Hancurkan biskut dan letak dalam aiskrim. Terus siap


sumber : malayfoodhunter

Post a Comment

Previous Post Next Post