Selepas 8 episod, akhirnya Qila telah dinobatkan sebagai Juara Ratu Hijabista untuk tahun 2020. Ianya juga merupakan julung kalinya diadakan pertandingan ini.
Pada malam ini merupakan pusingan terakhir bagi program Ratu Hijabista yang pada awalnya telah melibatkan 12 peserta sehingga malam ini tinggal 4 peserta sahaja iaitu Tina, Qila, Fiffy dan Mellya.
Pusingan akhir ini melibatkan 2 pusingan dan selepas pusinga pertama, 2 peserta telah disingkirkan. Pada malam tersebut, Fiffy dan Mellya telah tersingkir di pusingan pertama manakala Tina dan Qila bergerak ke pusingan kedua bagi merebut gelaran Ratu Hijabista 2020.
Program Ratu Hijabista 2020 telah disiarkan secara langsung di Astro PRIMA dan PRIMA HD serta strim di Astro GO. Pada malam tersebut juga telah diadakan di dalam norma baharu bagi mengikuti segala SOP yang ditetapkan.
Qila Dinobatkan Sebagai Juara Ratu Hijabista 2020
Qila dimahkotakan sebagai juara apabila mengambil pemarkahan yang diberi oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap dan juri jemputan, Michael Ang.
Selepas mengharungi 8 episod dengan pelbagai cabaran dan rintangan beserta 12 peserta yang lain, pada malam tersebut juri telah menetapkan Qila sebagai Juara dan Tina sebagai Naib Juara Ratu Hijabista 2020.
Juara Ratu Hijabista 2020 telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi dan selempang manakala Naib Juara memenangi RM5,000, trofi beserta selempang.
Selain daripada itu, terdapa 2 lagi kategori pemenang iaitu Ratu Inspirasi Safi Hijabista dan Ratu Favourite. Selepas 8 episod, bagi kategori Ratu Inspirasi Safi Hijabista jatuh kepada Fiffy Afrina yang membawa pulang RM3,000, trofi dan selempang. Manakala gelaran Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya yang menerima wang tunai bernilai RM1,000, trofi dan selempang.
Program Ratu Hijabista diadakan buat julung kali bagi memberi peluang kepada wanita berhijab tanpa mengira latar belakang bagi mempertaruhkan bakat dan personaliti untuk diketengahkan bagi menjadi ikon wanita moden berhijab.
sumber : hijabista