Hari ini Kerajaan memaklumkan dimana bermula malam ini, 11 September, daerah
Kota Setar, Kedah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
secara pentadbiran bersama-sama dengan Penjawa Tawau, Sabah disebabkan
peningkatan kes penularan COVID-19 di lokasi ini.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob di dalam sidang harian sebentar tadi. Jika sebelum ini,
PKPD secara pentadiran
telah dilaksanakan di kawasan Aman Jawa, Kedah juga disebabkan peningkatan
penularan COVID-19 di kawasan tersebut yang melibatkan 3 zon.
Jika sebelum ini melibatkan 3 zon, kali ini lebih besar kerana ianya
melibatkan satu daerah iaitu di Kota Setar dan juga 1 kawasan di Sabah iaitu
di Penjara Tawau.
PKPD Di Kota Setar Dan Penjara Tawau Sehingga 25 September 2020
Untuk daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah, PKPD secara pentadbiran akan bermula 11 September hingga 25 September 2020. Di Kota Setar ianya melibatkan 28 mukim di dalamnya dengan kira-kira 366,787 penduduk.PKPD pentadbiran akan dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah mulai 12.01 malam ini (11 Sept) sehingga 25 Sept - Menteri Kanan (kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pic.twitter.com/m7Pfz79aMz— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) September 10, 2020
Jadi di Kota Setar, sepanjang PKPD, orang ramai tidak dibenarkan untuk
keluar rumah tanpa urusan penting walaupun urusan kerja. Aktiviti keluar
atau masuk ke daerah tersebut adalah dilarang. Seperti sebelumnya, pihak
Polis dan Tentera Malaysia akan mengawal dan melakukan sekatan jalan raya
sepanjang tempoh PKPD.
Selain itu, feri dari jeti Kuala Kedah juga tidak dibenarkan beroperasi.
Kesemua masjid, rumah ibadah, taska, sekolah dan pusat pengajian tinggi
akan ditangguhkan ketika pelaksanaan ini. Hanya perkhidmatan perlu sahaja
dibenarkan beroperasi seperti kedai runcit, stesen minyak, farmasi, klinik
dan hospital.
Manakala bagi PKPD di Penjawa Tawau, Sabah hanya melibatkan banduan, anggota
dan ahli keluarga Jabatan Penjara Tawau sahaja. Sepanjang PKPD, lawatan
tidak dibenarkan dan perintah keluar masuk juga dikenakan di kawasan penjara
itu.
Semoga semunya baik-baik sahaja...
sumber :
astroawani
Keywords:
corona virus