Sebentar tadi, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Perutusan Khas telah mengumumkan KITA PRIHATIN dengan beberapa pakej bantuan 2.0 bagi membantu ekonomi rakyat.
Dalam kenyataan melalui Perutusan Khas tersebut, YAB Perdana Menteri bercakap beberapa perkara perkaitan ekonomi negara dan juga keadaan kesihatan di dalam negara sesulan penularan pandemik COVID-19 yang telah berlaku sejak bulan Mac lagi.
Selain itu, Tan Sri Muyiddin juga menggalakkan peminjam bank untuk membuat permohonan lanjutan moratorium sebelum ianya akan tamat secara automatik pada 30 September ini. Jika berkelayakan, anda boleh meneruskan moratorium selepas ini, yang penting anda perlu memohon dahulu di bank-bank berkaitan.
BACA : Cara Mohon Sambung Lanjutan Moratorium Dan Pembayaran Balik Bagi Setiap Bank
Dalam tempoh yang sukar ini dikala PKP sebelum ini dan PKPP yang dilaksanakan sehingga hujung Disember 2020, Kerajaan mendengar segala rintihan dan kepayahan rakyat dan prihatin terhadap segala keluh kesah rakyat. Oleh itu, Kerajaan telah mengumumkan dan perkenal inisiatif bantuan khusus, pakej 'KITA PRIHATIN' yang melibatkan perbelanjaan sehingga RM 10 bilion.
Bantuan Khusus, Pakej KITA PRIHATIN Kepada Rakyat
Melalui KITA PRIHATIN, ada beberapa bantuan khusus yang disambung yang pastiya akan memberikan manfaat kepada rakyat yang terjejas. Antaranya ::
- Geran Khas Prihatin
- Program Subsidi Upah 2.0
- Bantuan Prihatin Nasional, BPN 2.0
Geran Khas Prihatin
Bantuan kepada peniaga kecil atau PKS Mikro kira-kira 200,000. Anda boleh dapatkan bantuan ini bermula 1 hingga 31 Oktober 2020 dengan syarat anda belum memohon sebelum ini dan pastinya telah berdaftar dengan LHDN SSM atau PBT sehingga 31 Ogos 2020. Jika sebelum ini, bantuan RM3000 disalurkan kepada peniaga kecil seluruh negara.
Untuk kali ini, bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.
Program Subsidi Upah 2.0
Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat terjejas. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu syarikat untuk terus beroperasi disamping tidak membuang pekerja yang telah lama berkhidmat dengan syarikat mereka.
Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020. Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan dibawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.
Bantuan Prihatin Nasional, BPN 2.0
Kerajaan sediakan bantuan tambahan menerusi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion dan melibatkan 10.6 juta penerima. Dalam peruntukan ini bayaran dibuat dalam dua ansuran iaitu hujung Oktober 2020 dan Januari 2021. Jumlah bantuan adalah seperti betikut :
B40 Isi Rumah - RM1000
B40 Bujang - RM500
M40 Isi Rumah - RM600
M40 Bujang - RM300
Seperti yang diumumkan, anda tidak perlu membuat permohonan jika sudah pernah dapat BPN sebelum ini, ianya akan dikreditkan secara automatik.
Manakala, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan kelak.
Pastinya dengan bantuan ini, akan dapat menarik nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian individu dan seisi keluarga.
Dapatkan teks ucapan Perdana Menteri di Twitter MKN