Anda mempunyai kereta sendiri sekali gus, anda juga perlu tahu maksud kesemua simbol dan indikator yang ada di dalam kereta anda. Apabila ianya menyala, apakah maksud disebaliknya.
Simbol dan indikator ini menyala menunjukkan sesuatu pada komponen kereta tersebut ada masalah. Tapi ianya hanya menunjukkan simbol sahaja dan tiada penerangan pun. Ada simbol yang mungkin kita sekali tengok kita boleh faham kerana biasa tengok dan ada juga simbol yang susah kita nak faham apa maksudnya.
Jadi oleh itu, anda perlulah tahu simbol-simbol ini bersama maksudnya sekali. Jika sebelum mulakan perjalanan dan memandu dan simbol ini menyala, kita boleh tahu sebab apa. Jika ianya melibatkan komponen penting, terus bawa ke bengkel kereta dan dapatkan bantuan. Mungkin kadang simbol tersebut, kita boleh repair sendiri seperti air wiper atau pakai taling pinggang dan sebagainya dan tak perlu pun bawa ke bengkel.
Jom kita tengok beberapa simbol dan indikator ini yang ada di dalam kereta anda.
Simbol Kereta Dan Indikator Yang Anda Perlu Tahu
Simbol ini munkin ada sedikit perbezaan bentuk dan ianya bergantung kepada jenis kereta. Tetapi ianya hampir sama dan masih boleh dibuat rujukan juga.
1. Suhu Enjin
Simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas2. Air Bag
Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag ataupun kesemuanya.
3. Air Pada Wiper
Simbol ini menunjukkan air wiper anda kurang. Nak hilangkan indikator ini, refill air la dalam tank cepat-cepat.
4. Amaran Enjin
Apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab.
5. Automatic Shift Lock dan Enjin Start Indicator
Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk start enjin atau tukar ke gear neutral
6. Bateri
Simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah
7. Kawalan Cengkaman
Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan anda. Hantar bengkel.
8. Kunci Anti Break
Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Kalau nampak simbol ini menyala, baik pergi check.
9. Lampus Kabus
Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jangan risau, off kan sahaja
10. Minyak
Simbol minyak kereta anda dah nak habis. Jadi kalau nampak simbol ini menyala, cepat-cepatlah ke stesen minyak. Ada yang beritahu, jika ianya menyala, kereta anda boleh pergi paling jauh 20km dan pastinya bergantun pada jenis kereta juga
11. Tali Pinggang
Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang keledar. Disamping itu, pastinya kereta anda akan bunyi bip selamanya sampailah anda pakai tali pinggan tersebut ketika memandu.
12. Tekanan Minyak Enjin
Maksudnya minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin
13. Tekanan Tayar
Maksudnya tekanan tayar anda tidak balance. Mungkin disebabkan tayar kurang angin. Jadi pergi isi angin
Sebenarnya banyak lagi simbol-simbol lain yang ada pada dashboard kereta anda. Walaupun ianya sedikit berbeza pada setiap jenis kereta, tetapi simbol ini penting untuk tahu status kenderaan anda sama ada baik ataupun buruk. Jika tak faham, bawa sahaja ke bengkel kereta untuk check keaadaan kereta.
semoga bermanfaat!