Hukum Orang Yang 'Terbabas' Solat Subuh

Hukum Orang Yang 'Terbabas' Solat Subuh

Kita perlu tahu meninggalkan solat hukumnya adalah berdosa besar. Itu tidak kira solat subuh, zohor, asar, maghrib atau isyak sekali pun. Sehinggakan diberi kelonggaran keadaan jika tidak mampu untuk solat. Pastikan anda solat walau keadaan macam mana sekali pun. Tapi bagaimana kalau tertidur?

Jadi ikuti perkongsian daripada pengguna Twitter Ali Imran berkaitan hukum seseorang yang 'terbabas' untuk solat Subuh dalam beberapa keadaan. Ini kerana Subuh merupakan solat paling berat ingin dilakukan oleh Umat Islam kerana ianya dilakukan diwaktu pagi dikala orang lain tengah nyenyak tidur.

Hukum Orang Yang 'Terbabas' Untuk Solat Subuh

#1 - Bangun Setelah Matahari Terbit

Jika sejak masuk waktu Subuh dan tidak sedar sama sekali dan baru bangun setelah matahari terbit, maka tidak ada dosa baginya. Sebuh yang terhutang ini wajib diganti atau qodho' bila-bila sahaja. Sebaiknya, segerakan tapi boleh juga selama masih ada umur dan kehidupan.

#2 - Terbangun Dan Tidur Semula Setelah Matahir Terbit

Jika setelah masuk waktu Subuh, ia tersedar tetapi sengaja menangguh-nangguh atau segaja tidur lagi (dan dia yakin tidurnya akan terlajak) sampai terbit matahari, maka ini adalah Satu Dosa Terbesar dana keburukan terburuk yang dilakukan seorang Muslim.

Dalam Kitab Fiqh dijelaskan, seseorang muslim yang tidak mengerjakan solat sampai habis waktunya, diminta taubat, jika tidak mahu, mesti dijatuhi hukum penggal oleh hakim. Bayangkan betapa besar dosa yang hukumannya sampai di penggal kepala.

Jadi setelah bangun tidur tersebut, wajib taubat dan wajib segera mengqodho' Solat Subuh. Tidak boleh ditangguh seperti qodho' Subuh pada sebelumnya. Perlu segera!

Hukum Orang Yang 'Terbabas' Solat Subuh

#3 - Sisa Waktu Terhad

Jika bangun dari tidur sebelum terbit matahari, maka kena perhatikan dulu berapa sisa waktu yang tersedia sebelum terbit. Silakan tengok jam dan jadual terbit matahari pada apps telefon anda. Jika waktu yang tersisa hanya cukup untuk wudhu (dengan cepat) atau lebih sempit dari itu (tidak sempat solat) maka hukumnya sama dengan point 1. Solat subuh qodho bila-bila waktu boleh. Segera adalah lebih baik.

Jika sisa waktu masih cukup untuk wudhu dan satu rakaat solat, maka tidak ada yang boleh dikerjakan kecuali segera wudhu dan solat. Wudhu pun tidak perlu sunnah. Jangan mandi atau gosok gigi. Rakaat pertama solat subuh mesti dikerjakan dalam waktunya (sebelum terbit matahari).

Jika waktu yangg tersisa masih banyak, dan setelah angkat takbiratul ihram diperkirakan masih boleh menyelesaikan solat dengan cepat sebelum habis waktunya, maka lebih baik solat disempurnakan dengan melakukan sunnah sunnahnya.

Lafa Niat Solat Subuh qodho'

Lafa Niat Solat Subuh qodho'

"Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat, qodho kerana Allah Taala"

Kelebihan Solat Awal Waktu

Sudah pastinya solat terbaik adalah solat awal waktu dan usahakan hindari tinggal solat atau terbabas atau Subuh gajah sekali pun

Mesti semua tahu, dua rakaat subuh dengan berjamaah sama nilainya dengan solat sunnah semalam suntuk. Bayangkan dapat berapa ratus rakaat. Sedangkan berjamaah isya pula, solat sunnah  seperti separuh malam.

Pada point 1, secara fiqh memang tidak dosa, tetapi orang orang soleh jika mereka mengalami pasti menangis,  mencari tahu mengapa ia tidak diizinkan Allah untuk menghadiri undanganNya.

Dosa apa yangg membuatnya tertolak memasuki majlis dibaca:pesta yg digelar oleh Allah, yang saat itu dihadiri dan dinikmati oleh para awliya dan orang-orang soleh seluruh dunia. Begitu juga apabila dengan meninggalkan solat jamaah. Pasti ada dosa busuk yg membuat seseorang ditolak oleh Allah untuk ikut menikmati hidangan istimewaNya,  bersama kekasih kekasihNya.

Untuk solat sama seperti ini juga. Wallahualam....


Sumber : Rujukan Ghayatul Munaa, Hasyiah Baijuri yang dikongsikan melalui twiiter @aliimranaz

Post a Comment

Previous Post Next Post