Anda bercadang untuk beli produk sunblock tapi tak tahu jenis dan SPF berapa? Jangan risau, anda boleh ikut perkongsian daripada doktor ini cara pilih sunblock dengan betul mengikut jenis kulit dan aktiviti yang anda ingin lakukan.
Disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin nipis ini, kita sangat digalakkan memakai sunblock lagi-lagi ketika berada di luar. Ianya bagi menjaga dan lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari. Kulit kita akan semakin nipis, jadi ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat, kulit menipis) dan kanser kulit, kena la pakai sunblock.
Tetapi jika ingin beli produk sunblock dipasaran, rupanya terdapat pelbagai jenis dan ada tertulis spf iaitu spf15, spf30, spf50. Jadi antara ini, kita nak beli yang mana? Adakah kita boleh beli je mana-mana? Anda jangan risau, anda boleh ikuti perkongsian penuh daripada Dr. Erna Nadia bagaimana memilih sunblock dengan betul mengikut jenis kulit kita.
Cara Pilih Sunblock Mengikut Jenis Kulit
Untuk memilih sunblock yang betul untuk kita pakai anda perlu tahu 3 perkara iaitu:
- Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
- Mempunyai UVA & UVB
- Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita (spray/ gel/ krim)
Belajar Tentang Spf.
Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.
Contoh pengiraannya adalah :
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh spf 15.
Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96% dan spf50 adalah 98%
2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
- Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit
- Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
- Kulit sawo matang, 20 minit
- Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15x10 minit = 150 minit untuk bertahan. Untuk kulit sawo matang, 15x20 minit = 300 minit.
Mempunyai UVA & UVB
Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.
Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?
Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja ( kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.
Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.
Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi,tak perlu spf yang tinggi.
Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air. Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria 'water-proof'.
Cara Pakai Sunblock
Jenis Sunblock Ikut Kulit
- Kulit Kering - Cari yang berbentuk krim/lotion
- Kulit Berminyak - Cari yang gel atau oil-free
- Kulit Sensitif - Cari yang berbentuk gel dan tidak mempunyai pangawet/bau
- Kulit berbulu - Cari yang berbentuk gel/spray
- Kulit Gelap - Cukup dengan SPF 15
Jadi kalau anda nak beli sunblock lepas ni, boleh ikut perkongsian daripada doktor ini. Anda juga boleh beli secara online di drugstore seperti Watsons atau melalui online di Shopee sahaja
Yang paling penting sekali, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Sumber : Dr. Erna Nadia