Cara Pasang Dekoder MYTV Dengan Betul Dan Dapatkan Siaran Untuk Tahun 2024

Cara Pasang Dekoder MYTV Dengan Betul Dan Dapatkan Siaran Untuk Tahun 2020

Jika anda baru dapatkan atau baru beli dekoder MYTV, anda boleh ikuti langkah ini iaitu cara pasang dekoder MYTV dengan betul sehingga untuk dapatkan kesemua siaran percuma yang diberi untuk tahun 2024.

Kerajaan kini telah bertukar sepenuhnya siaran analog kepada digital dengan memperkenalkan Dekoder MYTV ini. Jadi selepas sini, kesemua sistem TV yang menggunakan analog telah tidak berfungsi. Bagi memberi peluang khususnya golongan B40, Kerajaan telah menawarkan kepada golongan ini dekoder percuma MYTV sejak 2018 lagi.

Baru-baru ini juga, Kerajaan sekali lagi mengumumkan penambahan 1 juta dekoder MYTV ini kerana mendapat sambutan yang menggalakan dimana salurang MyFreeview ini percuma tanpa anda perlu buat langganan bulanan pun. Selain tu siap dapat salurang HD lagi.

Setakat ini, MyFreeview melalui dekoder MYTV ini menyediakan 16 siaran TV dan 10 siaran radio dan pastinya akan ditambah dari semasa ke semasa. Antara siaran TV yang disediakan RTM1, RTM2, TV3, TV Al-Hijrah, TV Awesome dan banyak lagi. Anda boleh tengok senarai salurang disediakan di pautan ini.

Jadi jika anda sudah dapatkan dekoder MYTV ini, jika anda pasang sendiri, anda boleh ikuti langkah yang dikongsikan oleh Tech Oh Beng cara pasang dekoder MYTV dengan betul sekali gus dapatkan siaran MyFreeview.

Cara Pasang Dekoder MYTV Dan Dapatkan Siaran MyFreeview Untuk Tahun 2024

Pastikan setiap pembeli Dekoder MYTV, anda akan dapat :

  • Sebuah dekoder
  • Aeriel UHF
  • Audio/Video (AV) Cable
  • Adapter Cable
  • Remote Control bersama bateri

Cara Pasang Dekoder MYTV Dengan Betul Dan Dapatkan Siaran Untuk Tahun 2020

1.  Cara Pasang Dekoder MYTV

  1. Pasangkan Kabel AV anda mengikut warna daripada dekoder ke TV anda (kuning, merah dan putih)
  2. Sudah siap, pasangkan antena kabel juga dibelakang dekoder anda
  3. Kemudian, pasangkan kabel adapter di dekoder dan hidupkan suis. Lampur dekoder akan menyala menandakan anda berjaya buat pemasangan.

2.  Cara Dapatkan Siaran MyFreeview

Seterusnya, anda perlu tetapkan beberapa perkara mengikut panduan dibawah

  1. Tukar Input TV daripada "TV" kepada "Video"
  2. Hidupkan TV dan dekoder dan menu pemasangan akan dipaparkan.
  3. Pilih Bahasa melayu dan hidupkan "On" power antena
  4. Tekan butang biru untuk cari. Carian automatik akan dilakukan. Anda perlu tunggu sahaja
  5. Jika berjaya, salurang TV dan Radio akan dipaparkan.

Jika anda masih keliru, anda boleh tonton video dibawah yang dibawakan oleh Tech Oh Beng

Untuk maklumat lanjut berkaitan MYTV dan MyFreeview anda boleh layari laman web www.mytvbroadcasting.my/

Post a Comment

Previous Post Next Post