Cara Ketahui Gajet Yang Anda Beli Itu Ori Atau Tiruan. Ikuti 6 Tip ini

Cara Ketahui Gajet Yang Anda Beli Itu Ori Atau Tiruan. Ikuti 6 Tip ini

Jika anda ada membeli gajet dan berasa ragu-ragu tentang ketulinan sama ada original atau tidak. Anda boleh ikuti perkongsian 6 tips ini cara nak tahu gajet yang anda beli tu sama ada ori ataupun tiruan.

Sekarang terdapat banyak gajet yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat terutamanya telefon pintar. Dengan lambakan teknologi ini, kadang terdapat mereka yang cetak rompak sesebuah produk seakan sama dari segi luaran sehingga mengkaburi mata pembeli. Pastinya ianya lebih murah daripada yang original. Kita biasalah, yang murah la kita beli kan.

Walau bagaimanapun, sebelum anda membeli sesebuah gajet mahal dan ingin elak daripada barangan fake, anda boleh ikuti 6 tip ini untuk tahu barang itu original atau ciplak tiruan.

Cara Nak Tahu Gajet Itu Original Atau Tiruan

Tip ini boleh digunakan pakai kepada semua barangan dengan buat perbandingan barangan original dan barangan 'mungkin tiruan' itu sebelum anda membelinya.

1.  Semak Bungkusan Produk

Semak Bungkusan Produk

Pengeluar sesebuah telefon pintar sangat teliti dan menitik beratkan produk mereka sehingga pada kotak bungkusan pun tetapi tidak bagi mereka yang 'ciplak' produk ini. Anda boleh buat perbandingan dari segi font yang digunakan pada bungkusan. Anda juga boleh bandingkan dari segi informasi yang ditulis dan sebagainya. 

Cara bungkusan pun sangat kemas pada barangan original. Tiada sebarang kecacatan. Sebaliknya pada bungkusan barangan cetak rompak.

2.  Kenal Pasti Pada Keadaan Kabel Wayar Dan Plug

Kenal Pasti Pada Keadaan Kabel Wayar Dan Plug

Akhir sekali, anda boleh lihat pada kabel wayar dan plug yang diberikan. Kabel wayang anda boleh lihat warnanya lebih baik daripada yang fake. Bentuk kepala plug juga akan berbeza jika anda dapat barangan tiruan. Anda boleh rasa dengan ketahui kualiti material pada wayar tersebut sama ada ianya tiruan atau original.

3.  Lihat Font Yang Digunakan

Lihat Font Yang Digunakan

Setiap font dan simbol yang digunakan pada sesebuah barangan original pastinya jelas, mudah dibaca dan tahan lama atau susah pudar. Jika buat perbandingan, produk tiruan ini ada beza dari segi font yang digunakan atau logo yang diletakkan.

4.  Lihat Pada Materia Yang Digunakan

Lihat Pada Materia Yang Digunakan

Walaupun ada barangan original yang menggunakan material jenis plastik tetapi ianya merupakan material premium dengan finishing yang baik dan menarik serta berkualiti tinggi. Berbanding dengan produk tiruan yang asal ada sahaja. Anda boleh kesan produk tiruan ini dengan mudah dengan lihat jenis material plastik yang digunakan iaitu mudah rosak, mudah luntur warna dan sebagainya.

5.  Perhatikan Pada Charger

Perhatikan Pada Charger

Ini lah antara komponen terpenting bagi sesebuah smartphone bagi menjadikan ianya tahan lebih lama iaitu charger. Terdapat banyak kuburukan kalau guna alat pengecas fake yang dapat merosakkan gajet kita. Dari sudut positifnya hanyalah murah sahaja. Jika anda membeli sesebuah gajet, anda compare charger dengan yang original dari segi rupa bentuk seperti di dalam gambar. Jika anda tidak membeli di centre, pastikan kesemua aksesori yang diperoleh itu adalah original dan barulah selamat digunakan.

6.  Lihat Pada Buku Manual Pengguna

Lihat Pada Buku Manual Pengguna

Kebiasaanya bahasa yang digunakan pada buku manual adalah menggunakan bahasa asal dimana produk itu dikeluarkan. Jika anda beli gajet dan lihat manual pengguna tertera bahasa selain bahasa asal barangan tersebut, mungkin barang tersebut adalah ciplak atau pun dicetak rompak.

Jadi bagi mengelakkan anda membeli barangan tiruan ini, lebih baik anda beli di authorised store yang pastinya genuine walauapun sedikit mahal daripada beli di luar dan tidak ketahui ketulinan produk tersebut. 


sumber : remaja.my

Post a Comment

Previous Post Next Post