Tahukah anda, sebenarnya anda boleh kaburkan atau 'blur' rumah anda yang keluar pada Google Maps Street View. Ikuti langkah dan cara ini untuk kaburkan rumah anda tersebut supaya ianya tidak dapat dilihat.
Dengan ciri Stree View yang dibekalkan di dalam Google Maps, anda boleh dapat lihat dengan jelas keadaan di jalanan bagi setiap lorong yang sudah ditanda oleh Google. Jika ianya melalui jalan perumahan, jadi boleh nampaklah bentuk rumah, keadaan di luar rumah dan sebagainya. Sedikit sebanyak pastinya akan memberi kesan kepada privacy anda.
Kerana ianya sudah dimasukkkan di dalam Google Maps Street View, jalan penyelesaian kepada masalah privacy ini adalah dengan kaburkan rumah anda tersebut. Dengan itu, jika pengguna lain masuk ke alamat kawasan rumah anda tersebut, ianya sudah dikaburkan dan tidak boleh dilihat oleh orang lain.
Tetapi jika ianya sudah dikaburkan, anda tidak dibenarkan untuk kembali kepada asal. Ini bermakna, sekali anda kabur, selama-lamanya rumaha anda akan kabur dan tidak terlihat di dalam Google Maps Street View.
Cara Kaburkan Rumah Anda Pada Google Maps Street View
Untuk bermula, anda perlu pergi ke www.google.com/maps pada komputer anda dan masukkan alamat rumah anda pada bahagian yang disediakan. Kemudian anda klik "ikon orang kecil" untuk aktifkan Stree View dan klik pada garisan biru tersebut dan bawa ke kawasan rumah anda.
Cari rumah anda dan jika sudah dapat klik pada "Report a problem" pada bahagian bawah kanan skrin komputer anda.
Jika anda klik pautan tersebut, anda akan dibawa kepada halaman "Report Inappropriate Street View". Pastikan rumah anda tersebut masuk ke dalam kotak merah untuk buat report kaburkan berkaitan rumah anda. Selain itu, anda juga boleh kaburkan muka, kereta atau nombor plat kenderaan dan beberapa objek lain. Anda perlu masukkan email dan klik "Submit" untuk hantar borang tersebut.
Seperti yang dikongsikan oleh lifehacker, pihak Google akan menghubungi anda semula untuk beberapa penambahan informasi lain berkaitan dengan laporan yang anda buat.
Jadi jika berjaya, Google akan kaburkan rumah anda tersebut. Harap ianya bermanfaat kepada anda yang cari tahu cara kaburkan rumah di dalam Google Maps Street View.