Cara Delete Akaun Instagram Pemilik Meninggal Dunia Atau Buat 'Memperingati' Akaun Instagram Si Mati

Cara Delete Akaun Instagram Pemilik Yang Telah Meninggal Dunia

Sebenarnya anda boleh padam atau delete akaun Instagram bagi pemilik yang telah meninggal dunia walaupun anda tidak mempunyai password dan username mereka. Mungkin ada saudara terdekat yang mana anda mahu padam kesemua maklumat berkaitan akaun Instagram miliknya. Tengok cara ini.

Sudah pastinya akaun media sosial kita hanya kita yang tahu password dan username yang digunakan. Jadi bila kita sudah tiada, akaun media sosial tersebut masih terus ada selama-lamanya jika tidak dibuat report terhadap akaun tersebut sebagai contohnya adalah akaun Instagram.

{tocify} $title={Table of Contents}

Mungkin ada yang sedih kehilangan saudara terdekat sehingga tidak boleh lihat kenangan yang terpapar di Instagram. Jadi buat keputusan untuk padam akaun tersebut. Tapi disebabkan kita tidak mempunyai password untuk deactivate, kita tak boleh berbuat demikian. Jadi sampai bila-bilalah akaun tersebut akan memaparkan kenangan tersebut.

Sebenarnya ada cara untuk kita mohon kepada pihak Instagram untuk padam atau delete akaun Instagram pemiliknya telah meninggal dunia bagi tujuan penghormatan kepada si mati. Ikuti langkah dan cara mudah ini disini.

Cara Delete Akaun Instagram Pemilik Yang Telah Meninggal Dunia

Jangan risau, Instagram telah menyedian pautan khas untuk delete akaun pemiliknya yang telah tiada. Anda hanya perlu pergi ke pautan ini dan klik help.instagram.com/contact/1474899482730688.

Cara Delete Akaun Instagram Pemilik Yang Telah Meninggal Dunia

Dalam borang ini, anda hanya perlu masukkan maklumat anda seperti nama penuh, email anda, nama penuh pemilik akaun IG yang telah meninggal dunia, Username dan Link URL akaun tersebut. Kemudian perlu masukkan tarikh bila dia meninggal dunia beserta beberapa lampiran sebagai bukti. Boleh lampirkan seperti sijil kematian, sijil kelahiran atau apa-apa bukti daripada pihak berwajib.

Akhir sekali jika kesemuanya sudah lengkap, tekan "Send". Kemudian pihak Instagram akan proses sehinggalah ianya akan dipadam untuk selamanya.

Selain daripada delete akaun, jika anda rasa akaunnya banyak kenangan dan banyak kebaikkan yang tersebar daripada akaun tersebut, anda tidak perlu padam akaun sebaliknya hanya mohon untuk ditukar kepada 'memperingati' akaun Instagram.

Cara Buat 'Memperingati' Akaun Instagram Si Mati

Mungkin anda pernah nampak beberapa akaun Instagram yang terpapar 'remembering' dibawah gambar DP. Ini bermaksud, pemilik akaun tersebut telah meninggal dunia tetapi mereka buat keputusan untuk tidak mahu delete akaun tersebut sebaliknya biarkan sahaja sebagai peringatan kepada semua orang. 


cara Buat 'Memperingat' Akaun Instagram Si Mati

Cara ini sama sahaja seperti delete akaun tadi. Anda hanya perlu ke pautan ini dan klik help.instagram.com/contact/452224988254813

Buat 'Memperingat' Akaun Instagram si mati

Arahanya sama sahaja sepertinya sebelumnya. Anda perlu masukkan nama pemohon (anda), alam emel, nama penuh, username dan link URL si mati beserta tarikh kematian. Kemudian perlu lampirkan bukti kematian.

Akhir sekali, jika sudah selesai semuanya, anda perlu klik "Send"

Harap dengan ciri yang disediakan oleh pihak Instagram ini, aib si mati boleh ditutup atau kebaikkan si mati boleh disalurkan kepada orang ramai.


sumber : Qveenfatin

Post a Comment

Previous Post Next Post