Tahukah anda, sebenarnya ada doa yang diajar oleh Nabi untuk sembuhkan penyakit di muka seperti jerawat. Anda boleh baca doa yang dikongsikan ini ketika sapu ubat bagi sembuhkan jerawat yang ada di muka.
Pasti bunyinya agak kelakar dimana doa untuk sembuh penyakit pun ada di ajar oleh Islam. Tapi itulah hakikatnya dan indahnya Islam. Selain daripada ikhtiar dengan cara ubat, Islam juga mengajar minta pertolongan kepadaNya bagi tujuan sembuhan. Ini kerana segala perkara adalah dengan keizinan Allah SWT.
Baru ini sebuah gambar tular di Twitter dengan doa menyembuhkan jerawat. Tetapi tiada sumber yang memberitahu dimana doa itu datang dari hadith, ulama atau ianya sekadar permohonan doa daripada asatizah sahaja.
Namun begitu, Ustaz Addien yang terkenal di Twitter tampil dengan memberitahu, doa tersebut adalah benar dan sahih. Untuk pengetahun, Ustaz tersebut merupakan lepasan pengajian Hadith ketika zaman universiti sebelum ini.
Doa Untuk Sembuhkan Masalah Jerawat
Doa ini merupakan petikan hadith riwayat Ahmad dan An-Nasaie dalam Sunan al-Kubra. Di dalamnya diceritkan, Nabi pernah terkenal bisul dan sakit kulit lalu berdoa dengan doa ini untuk menyembuhkan sakit kulitnya.
Telah tersebar doa jerawat ini, ada sebahagian kata bunyinya agak kelakar. Doa ini sahih daripada hadis riwayat Ahmad dan An-Nasaie dalam Sunan al-Kubra. Nabi pernah terkena bisul dan sakit kulit lalu berdoa dengan doa ini untuk menyembukan sakit kulitnya. Wallahua'lam. pic.twitter.com/h6hAHEbAXu
— 🇲🇾Ad-Dien🇲🇾 (@AdDien90) August 28, 2020
untuk rujukan tambahan
Lafar Doa Menyembuhkan Jerawat
اَللَّهُمَّ مُطْفِئَ الْكَبِيْرِ, وَمُكَبِّرَ الصَّغِيْرِ, أَطْفِئْهَا عَنِّي
Maksudnya : 'Ya Allah, yang dapat mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kempiskanlah jerawatku'
Doa ini bukanlah dikhususkan kepada jerawat sahaja. Seperti yang diterangkan oleh Ustaz Addien dalam rujukan tambahan,
Lafaz hadis sebut al-Bathrah (البثرة). Bathrah ertinya semua jenis penyakit kulit yang membuatkan kulit membengkak, membesar, menggelembung etc. Bisul, jerawat, melepuh etc termasuk dalam kategori al-Bathrah. Ini yang biasa disebutkan ulama dalam kitab² perubatan nabawi.
Waktu Amalkan Doa Ini
Ustaz mengajarkan, anda boleh baca doa ini ketika sapu ubat di bahagian sakit atau ketika membersihkan kawasan yang sakit atau bila-bila masa sahaja secara umum.
Jadi kepada anda yang mempunyai masalah jerawat, selain daripada ikhtiar seperti perubatan yang pastinya kena cuba, anda juga boleh amalkan doa yang diajar oleh Islam ini. Kebergantungan segalanya adalah kepada Allah. Dia yang memberi penyakit, dia yang akan sembuhkan.
Sumber : Addien90