Anda boleh amalkan 20 amalan ini untuk dapatkan rezeki mencurah-curah dikala ekonomi kini tidak menentu. Ingatlah, segala ajal, maut, jodoh, rezeki adalah datang daripada Allah. Jadi mintalah dan bergantung kepada Dia.
Dikala musim Perintah Kawalan Pergerakan dan PKPP ini, pastinya ramai terkesan dengan bebanan kewangan terutamanya. Manakan tidak, banyak premis sebelum ini terpaksa ditutup disebabkan tidak beroperasi lebih 2 bulan. Jadi kini barulah boleh untuk bermula semula tetapi pastinya sukar dengan keberbatasan yang ditetapkan oleh Kerajaan sendiri.
Selain itu, jika anda mempunyai banyak hutang perlu dibayar, pastinya ini akan memberikan lebih tamparan hebat. Pekerjaan atau perniagaan terkesan dan ada hutang perlu dibayar.
Tetapi kita jangan la berputus asa. Selain daripada kerja kuat dan usaha, kita sebagai hamba seharusnya meminta dan bergantung kepada Allah. Ini kerana Dialah yang Maha Kaya dan mampu untuk memberi kita rezeki tanpa kita sedar.
Oleh itu, anda boleh amalkan 20 amalam ini hasil perkongsian daripada Puan Zarini Jaafar sebagai panduan untuk rezeki mencurah-curah.
“Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya”
20 Amalan Rezeki Mencurah-Curah
1. Berdoa Rezeki Bayar Hutang
Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 al fatihah pada mak ayah masih hidup atau sudah meninggal.
2. Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh
Pagi-pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah halazim. Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi.
3. Ucap Kesyukuran Pada Allah
Selepas tu baru Dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat kesyukuran. Bagitau ya Allah terima kasih bangun lagi pagi ni untuk mohon ampun. Ya Allah terima kasih ada suami yang baik.
4. Senaraikan Nikmat Pemberian Allah
Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyaknya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak.
5. Jaga Aurat
Jaga aurat, labuhkan baju, tudung dan pakai stokin.
6. Istighfar, Dhuha & Syukur
Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyaknya rezeki. Saya biasanya buka handphone selepas jam 10 pagi selepas saya siap 3 diatas.
7. Banyakkan Zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil”
Sepanjang bekerja banyakkan zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil” – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.
8. Baca Surah Pendek Sebelum Zuhur
Saya berhenti rehat 10 min sebelum Zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al Waqiah sambil tunggu zuhur.
9. Selepas solat amalkan;
- 33 kali alhamdulillah
- 33 kali subhanallah
- 33 kali allahuakbar
- 33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad
10. Baca Al Mulk Sebelum Asar
Stop 10 minit sebelum Asar untuk baca Al Mulk dan Asar awal waktu. Bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. Banyak benda boleh buat. Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.
11. Lebihkan Masa Dengan Keluarga
Lebihkan masa bersama keluarga selepas Asar sehingga Maghrib jemaah sama-sama sehingga lah Isyak berjemaah. Tak dapat di masjid, amalkan di rumah.
12. Amalkan Sedekah Setiap Hari
Setiap hari amalkan sedekah walau pun seringgit. Masa saya susah hutang banyak, saya buat air sirap, buh dalam botol banyak-banyak dan sedekah pada orang sapu-sapu sampah. Tu je saya mampu masa tu. Sekarang pun di Shopee pun boleh buat donation, sedekah secara online. Mudah sangat sekarang
13. Utamakan Bayar Hutang
Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. Tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga, sedekah ilmu. Saya tak mampu sedekah wang, saya ajar orang lain menjual percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.
14. Amalkan 1000 Istighfar Sebelum Tidur
Sebelum tidur amalkan 1000 Istighfar mohon ampun apa kita dah buat seharian.
15. Solat Taubat Sebelum Tidur
Solat taubat sebelum tidur. Biasanya saya tidur awal jam 10 malam bangun balik jam 11 malam sehinggalah jam 3 pagi. Atau saya tido jam 12 malam bangun jam 4 pagi.
16. Tahajud, Merayu Berdoa Betul-Betul
Masa ni jam 4 pagi awak tahajud mintalah dengan tepat. Doa betul-betul minta merayu betul-betul. Kalau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa, bila nak bayar.
17. Minta Maaf Dengan Suami Sebelum Tidur
Sebelum tidur minta maaf dengan suami. Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat, lebihkan suami daripada bisnes.
Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit. Duk baik-baik, saling terima kurang lebih masing-masing. Kita semua tak sempurna.
18. Redha Ketentuan Allah
Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.
19. Belajar Rendahkan Ego
Mula belajar rendahkan ego, kalau orang tu berjaya pergi jumpa dia belajar, hormat guru kita. Sentiasalah merendah diri ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. Bisik pada diri, kau hanya meminjam.
20. Jaga Orang Tua
Jaga orang tua, berkhidmat masa mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti kerja untuk jaga arwah mak sediri. Keluar masuk wad dengan dia sehinggalah mandian terakhir di pangkuan saya. Saya tiada apa-apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah swt.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda terutamanya yang terbelenggu dengan hutang dan rezeki susah masuk. Boleh amalkan bermula dari sekarang. Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Selebihnya bergantung kepada Allah
sumber : Zarini Jaafar