Melalui Perutusan Khas, Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Sebelum ini PKPP telah bermula 10 Jun dan akan berakhir pada 31 Ogos 2020 diumumkan. Tetapi disebabkan penularan pandemik COVID-19 masih berlaku lagi di dalam negara, Kerajaan telah tetapkan perintah ini akan dilanjutkan.
Dalam perutusan khas tersebut, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, walaupun penularan menunjukkan angka satu digit dalam beberapa tetapi masih lagi terdapat kluster yang baru terjadi seperti Kluster Sivaganggan, Kluster Tawar, Salar dan beberapa lagi.
Oleh itu, tindakan berjaga-jaga bagi membendung penularan ini merebak dengan lebih cepat mesti dibendung.
Sekali lagi, Perdana Menteri mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan bermula 1 September hingga 31 Disember 2020 (selama 4 bulan).
Akhir kata daripada Perdana Menteri sendiri, baliau menyeru supaya semua rakyat Malaysia perihatin bagi membendung penularan COVID-19 sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan iaitu Malaysia Prihatin. Kita semua sekarang adalah frontliners, jadi kita mesti bertanggungjawab untuk menjaga diri dan orang sekeliling daripada dijangkiti COVID-19.
Oleh itu, kekalkan amalan norma baharu dan ikut SOP yang ditetapkan.