Lapor Metreologi Malaysia, Kita Mungkin Berpanas Sehingga Pertengahan Bulan September

Kita Mungkin Berpanas Sehingga Pertengahan Bulan September

Seperti yang dilaporkan, Malaysia mungkin akan mengalami fenomena cuaca panas sehingga bulan hadapan iaitu pada bulan September.

Mungkin anda perasan sekarang, cuaca sedikit bahang dan panas daripada biasa. Anda merasai panasnya cuaca bukan sahaja ketika berada di luar rumah tetapi di dalam rumah pun rasa panas. Bukan sahaja di tengah hari, tapi apabila malam, masih terasa bahang dan kurangnya tiupan angin kan.

Melalui Berita Harian, pihak Meteorologi Malaysia memberithau cuaca panas ini telah berlaku sejak hujung bulan lepas (Julai) disebabkan kurangnya kadar taburan hujan dan litupan awan. Ini dipengaruhi tiupan monsun barat daya.

Panas Sehingga Pertengahan September

Disebabkan cuaca inilah, kebanyakan tempat telah merekodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius dan katanya tidaklah begitu tinggi.Walaupun bagaimanapun suhu panas itu hanya berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Kita Mungkin Berpanas Sehingga Pertengahan Bulan September

Jadi untuk orang semenanjung, cuaca panas ini dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal.

Justeru itu, kita digalakkan untuk jalankan langkah pencegahan kendiri bagi mengelakkan kita kehilangan banyak air apabila berada di luar rumah atau mungkin boleh mengalami strok haba yang berbahaya untuk diri.

Langkah Pencegahan

Kita Mungkin Berpanas Sehingga Pertengahan Bulan September

Disebabkan cuaca panas ini lah, kadang mandi malam pun terasa airnya suam panas, tekak akan pula rasa senang kering dan haus. Oleh itu, ambil langkah pencegahan kendiri yang mencukupi.

Sentiasa banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas. Selain itu, elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka yang boleh mengakibatkan masalah kualiti udara yang kurang boleh berlaku kerana tidak ada hujan.


sumber : Berita Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post