KFC Hentikan Seketika Slogan 'Finger Lickin' Good' Kerana COVID-19

KFC Hentikan Seketika Slogan 'Finger Lickin' Good' Kerana COVID-19

Kentucky Fried Chicken (KFC) mengumumkan memberhentikan slogan terkenal mereka 'it's finger lickin' good' (sedap hingga menjilat jari) disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dimana tahap kebersihan kini menjadi perkara penting dan mengekang penularan virus tersebut.

Dimasa kini dengan kehidupan norma baharu dimana perlu memakai face mask dan kerap membasuh tangan sekali gus menyatakan slogan yang digunakan pakai oleh KFC seperti bukan masa yang sesuai untuk diamalkan.

KFC Hentikan Seketika Slogan 'Finger Lickin' Good' Kerana COVID-19

Jadi slogan yang digunapakai sejak penubuhan KFC tersebut akan diberhentikan seketika dalam pengiklanan bagi seluruh dunia bermula Isnin dan akan diguna pakai semula jika keadaan sudah mengizinkan kelak seperti yang dilaporkan oleh astroawani.

Anda juga boleh tonton klik video pendek di Youtube KFC UK and Ireland yang menunjukkan perkataan 'Finger Lickin' di kaburkan. Iklan tersebut berakhir dengan tagline 'perkara yang kami selalu sebut? Abaikan seketika'



Perkara ini hanya bersifat sementara sahaja dan bukanlah KFC ingin menghilangkan terus slogan yang biasa digunakan itu. Jadi lepas ni mungkin slogan 'Sedap Hingga Menjilat Jari' digunakan bagi KFC Malaysia akan diberhentikan juga.

Setakat ini, kes COVID-19 terdapat lebih 24 juta yang dijangkiti COVID-19 dengan menyebabkan lebih 800 ribu kematian dicatatkan di seluruh dunia.

Post a Comment

Previous Post Next Post