Sekarang harga emas menunjukkan sedikit kenaikkan dan ramailah yang mula membeli emas. Tahukah anda, jika cukup uruf, anda perlu bayar zakat emas. Ikuti perkongsian ini cara kira zakat emas perhiasan untuk tahun 2020.
Emas antara benda yang menunjukkan kenaikan harga sejak daripada dulu lagi. Manakan tidak, sekarang 1g emas sahaja sudah hampir ke RM300. Bayangkanlah jika anda mempunyai emas seberat 1kg yang dibeli berpuluh-puluh tahun dahulu. Nilainya tetap menunjukkan peningkatan.
Jika dilihat emas perhiasan seperti rantai atau cincin ibu ayah kita yang sudah dibeli pada 10 tahun lalu. Mungkin ketika itu berharga RM200 untuk 1g. Sekarang sudah menunjukkan kenaikkan sehingga RM300. Kan banyak tu.
Tetapi di dalam Islam, semua emas dipakari, tidak dipakai, jongkong, syiling dikenakan Zakat jika cukup syarat. Jadi jika anda perlu tahu emas yang anda peroleh ketika ini cukup syarat ke tidak? perlu bayara zakat ke tidak?
Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas.
وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)
Jadi jom kita tengok perkongsian daripada Saudara Faisal Rahim di twitter milik beliau mengenai cara kira Zakat Emas.
Cara Kira Zakat Emas
Untuk pengetahuan, semua emas dipakai, tak dipakai, jongkong, syiling dikenakan zakat jika cukup syarat. Manakala bagi emas dipakai, mestilah melebihi uruf baru kena zakat. Uruf bermaksud kadar kebiasaan orang pakai emas. Kadar Zakat Emas adalah 2.5%
Jika emas yang anda pakai melebihi berat ini, baru dikenakan Zakat. Iany berbeza mengikut negeri.
Selangor dan Kuala Lumpur = 800 gram
Johor dan Terengganu = 850 gram
Perak dan Pahang = 500 gram
Negeri Sembilan = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf
Tetapi jika dalam tempoh setahun anda tidak pernah pakai, sebagai contoh; emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek dan sebagainya, jika beratnya lebih 85 gram dah kena zakat 2.5%.
Jadi sebab itu, emas perhiasan ini at least kena pakai setahun sekali sepertinya masa Hari Raya, Majlis Hari Jadi atau sebagainya.
Cara Kira Zakat Emas (Basic)
Penerangan dibuat mengikut beberapa situasi supaya mudah faham
Senario 1
Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram
Kiraan Zakat Emas:
*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab > 85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab < 800 gram (mengikut negeri).
90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM663
Senario 2
Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dan lain-lain) = 900 gram
Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)
100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM738
Senario 3
Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram
Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.
50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM1,106
Info tambahan:
Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat.
Nisab 2020 : RM18,510
Contoh 1
Zakat Emas : RM5,000
Zakat Simpanan : RM10,000
Jumlah : RM15,000
Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab.
Contoh 2
Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dan lain-lain) : RM10,000
Zakat Simpanan : RM20,000
Jumlah : RM30,000
Dikenakan zakat sebab total > Nisab (RM18,510)
Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750
Takeaway points
- Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat)
- Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic
- Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dalam kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.
Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh rujuk Pusat Zakat Negeri bermustautin anda.
sumber : Faisal Rahim