Sebelum Diwajibkan, Ini Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera


Kepada syarikat atau pemilik premis, Kerajaan bercadang untuk mewajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera. Jadi kalau anda tiada lagi, anda boleh tengok sini cara mudah untuk buat Kod QR MySejahtera.

Antara langkah proses pengesanan kontak rapat jika berlaku apa-apa jangkitan COVID-19 ini adalah menerusi aplikasi MySejahtera. Jika anda pergi ke mana-mana premis perniagaan sebagai contoh, anda kena scan atau imbas Kod QR bagi memberi tahu anda pernah sampai ke tempat tersebut. Jadi jika berlaku apa-apa penularan, mudah KKM untuk mengesan individu yang mungkin berjangkit dengan virus tersebut.

Tambahan pula, Kerajaan akan mewajibkan setiap syarikat atau pemilik premis menyediakan Kod QR di tempat mereka dan orang ramai juga perlu imbas kod tersebut jika ingin masuk ke premis tersebut.

Jadi jika anda ada kedai, pejabat, atau buat event seperti kenduri sekali pun, anda perlu sediakan Kod QR dikawasan anda tersebut. Kalau tak buat lagi, jom tengok langkah mudah dan cara nak buat Kod QR MySejahtera.

Cara Buat Kod QR MySejahtera

Anda boleh ikuti 6 langkah mudah buat Kod QR MySejahtera bagi syarikat atau pemilik premis atau kedai menerusi perkongsian Ummu Tasnim Mustafa di facebook.


 Langkah 1 

Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera

 Langkah 2 
Masukkan no telefon, tanda verify (im not robot) dan klik Register

Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera

 Langkah 3 
Masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda dan klik submit

Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera

 Langkah 4 
Isikan maklumat premis anda seperti
  • Username
  • Nama kedai atau majlis
  • No telefon
  • Alamat kedai atau majlis
  • Poskod
  • Negeri
Jika sudah lengkap, klik Submit

Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera

 Langkah 5 
Sudah siap! Anda boleh print Kod QR MySejahtera tersebut dan letak di majlis atau kedai anda. Lagi selamat, laminate la supaya lebih tahan lama

Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera

 Langkah 6 
Anda juga boleh simpan atau email Kod QR tersebut dengan klik butang email yang disediakan.

Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera

Jika sudah letak di premis kedai atau majlis nanti, pastikan pelanggan yang datang, imbas atau scan terlebih dahulu tau. Ikut SOP norma baharu kita kan.

 Cara Mudah Untuk Syarikat Atau Pemilik Premis Nak Buat Kod QR MySejahtera
gambar Ku Norsharmila Ku Azzemi


Post a Comment

Previous Post Next Post