Anda akan menghadiri temuduga tidak lama lagi? Masih belum dan tak tahu buat persediaan apa? Jom tengok 22 tips dan panduan untuk berjaya di dalam temuduga untuk jawatan swasta atau kerajaan.
Proses pencarian kerajaan kadang kala mempunyai banyak peringkat. Ada syarikat menyediakan 1, 2, 3 atau lebih peringkat. Mungkin bermula dengan soalan online, ujian kecergasan, psikometrik dan akhirnya temuduga. Tapi kebiasaanya pada interview sektor Kerajaan banyak peringkat tau dan akhirnya barulah temuduga.
Tetapi bagi sektor swasta, kadang kala anda boleh dipanggil terus untuk interview atau temuduga secara berhadapan. Jika berjaya, anda boleh terus diserap ke dalam jawatan tersebut. Ini mungkin anda alami sekarang kan? Ada panggilan temuduga kan?
BACA JUGA : Dapatkan Tips Dan Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jadi jika anda dipanggil untuk interview dalam masa terdekat bagi tahun 2020 dan sedang buat persediaan, anda boleh tengok sini 22 tips dan panduan untuk anda berjaya dan lepas temuduga bagi sektor swasta dan kerajaan. Kebanyakkan tipsnya adalah terpakai untuk kedua sektor tersebut.
22 Tips Dan Panduan Temuduga
1) Baca apa yang patut dibaca berkaitan pengetahuan am, kena tahu bidang tugas dan tanggungjawab jawatan
2) Penampilan memberikan imej yang baik dan menarik minat penemuduga.
Jaga penampilan bagi lelaki. Seluar hitam/gelap, baju cerah dan bertali leher serta mamakai kot jika ada. Stokin panjang. Jangan pakai stokin bercorak-corak macam kpop plak.
Bagi wanita - elakkan pakaian yang terang, crowded dengan bunga-bunga atau aksesori yang berlebihan. Elakkan juga memakai baju yang berwarna kusam.
3) Kasut bagi wanita hendaklah menutup keseluruhan ibu jari dan tumit. Jangan pakai kasut yang mempunyai tumit terlalu tinggi hingga susah untuk berjalan.
4) Datang lebih awal. Selewatnya 10 minit sebelum.
5) Jangan sibuk membawang semasa menunggu
6) Jaga pernafasan dan jangan tergopoh menjawab soalan penemuduga
7) Berikan ucapan Salam atau Selamat Pagi sewaktu di panggil masuk ke bilik interview.
8) Fokus dan beri perhatian kepada perkataan yang ditanya
9) Dengar dengan telilit dan fokus kepada soalan yang diberikan
10) Elakkan untuk menyampuk atau menggangu percakapan penemuduga
11) Berikan jawapan yang ringkas sekiranya soalan-soalan yang bersifat politik dan kepartian. Penemuduga biasanya akan cenderung untuk memerangkap calon dengan soalan-soalan bersifat politik.
12) Minta penemuduga untuk mengulang soalan yang ditanyakan sekiranya calon tidak jelas. Mulakan dengan perkataan "minta maaf boleh ulang soalan" atau "maaf saya kurang jelas dengan soalan tuan"
13) Jangan layan provokasi penemuduga
14) Nada suara dan ayat perlu disusun sebaik mungkin
15) Tunjukkan kejujuran calon dan yakinkan penemuduga yang anda sangat memerlukan jawatan tersebut.
16) Duduk dengan betul dan tertib. Jangan silang panggung atau duduk terkangkang. Untuk wanita, duduk dan silangkan sedikit dibahagian bawah kaki
17) Selesakan diri dengan keadaan sendiri
18) Tunjukkan keyakinan diri semasa menjawab soalan. Elakkan menjawab dengan jawapan yang berulang-ulang dan meleret-leret atau merapu atau di luar ruang litup soalan
19) Cuba untuk memandang mata penemuduga dan bertukar-tukar pandangan mata sekiranya ada 2 orang penemuduga atau lebih. Jangan pandan ke bawah
20) Perkenalkan diri anda selengkapnya dengan penuh yakin
21) Ucapkan Terima Kasih dan ucapkan la Salam diakhir sesi temuduga
22) Akhirnya, berdoa semoga dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Selamat berjaya kepada anda yang akan menghadapi interview atau temuduga tidak lama lagi.
Jika anda ingin dapatkan lebih padat dan informasi berkaitan temuduga terutamanya bagi sektor Kerajaan, anda boleh dapatkan panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah ini.
Ianya merupakan pakej lengkap untuk anda gunakan bagi menghadapi temuduga terutamanya bagi kerja Kerajaan. Ingat peluang hanya datang sekali sahaja melalui proses interview ini. Jadi inilah masanya untuk anda 'all out' sehingga berjaya dapatkan jawatan tersebut.
Anda boleh dapatkan panduan ini dengan klik pautan dibawah.