Tips Hilangkan Bau Kaki Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Tips Hilangkan Bau Kaki Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Anda ada masalah bau kaki yang kuat. Jangan risau, ikuti tips yang dikongsikan ini cara hilangkan bau kaki hanya dengan menggunakan 3 bahan sahaja.

Masalah bau kaki ni sebenarnya ramai sahaja yang mengalaminya, kadang mereka tidak perasan kerana kaki jauh berada daripada deria bau. Jadi kemungkinan yang akan bau adalah orang ketiga atau mereka yang berada di sekeliling kita.

Perkara ini boleh berlaku kerana kaki anda tidak dijaga dan dicuci dengan betul. Anda mungkin basuh kaki tapi tidak gosong, tidak basuh dengan sabun dan sebagainya. Anda dah anggap ianya cukup, tetapi tidak sebenarnya.

Tips Hilangkan Bau Kaki Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Tapi sekiranya, ianya masih tidak hilang walaupun sudah dicuci dengan betul, anda boleh tips hilangkan bau kaki ini yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar di facebook. Tips yang dikongsikan ini pula hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

Tips Hilangkan Bau Kaki

Antara 3 bahan yang anda perlukan adalah :

  • Listerine
  • Cuka putih
  • Air
  • Sebuah besen

Tips Hilangkan Bau Kaki Dengan Hanya 3 Bahan Sahaja

Langkah-Langkah

1.  Mula mula anda ambil sebuah besen yang muat untuk kaki anda dan tuangkan Listerine. Kemudian masukkan sedikit cuka putih dan air. Pastikan kuantiti ni cukup untuk kita merendam kaki ye.

2.  Lepas tu anda rendamkan kaki dalam besen tersebut yang berisi campuran tu lebih kurang 30 minit. Pastikan kaki anda tidak diangkat dalam tempoh masa tersebut. Jadi buat la apa-apa aktiviti lain selagi tidak angkat kaki anda.

3.  Sudah selesai 30 minit, boleh keluarkan dan basuh dengan air bersih.

Jika anda amalkan secara konsisten, InsyaAllah segala bau yang menyengat hidung, kulat dan kuman yang menyebabkan kaki anda berbau dan bercagu tu akan hilang. Yang bestnya kulit kaki anda akan lebih cantik dan sihat je. Haaa, baru la best sarung kasut kan.

Semoga bermanfaat!


sumber : Iza Abu Bakar

Post a Comment

Previous Post Next Post