Mengambil maklumat perkembangan terbaharu pandemik COVID-19 di Selangor, hari ini DYMM Sultan Selangor telah berkenan agar semua Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat diseluruh Selangor dibuka untuk mendirikan Solat Jumaat.
Jika sebelum ini hanya 39 buah Masjid sahaja dibenarkan untuk menerima jemaah iaitu dikawasan hijau, tetapi kini tidak lagi. Ini kerana kesemua Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat dibenarkan beroperasi bagi menerima jemaah untuk Solat Jumaat.
Selain itu juga, Selangor juga membenarkan semua Masjid dan Surau di negeri tersebut untuk mendirikan Solat Fardhu 5 Waktu secara berjemaah tetapi mestilah mematuhi SOP yang ditetapkan seperti berikut:
- Mengambil wuduk di rumah
- Membawa sejadah masing-masing
- Memakai pelitup muka (face mask) ketika hadir di Masjid dan Surau
- Mengamalkan penjarakan sosial
- Anda di laran sama sekali untuk datang solat berjemaah jika tidak sihat
Kebenaran Untuk Lakukan Solat Jemaah 5 Waktu Dan Solat Jumaat Di Selangor
Kebenaran ini berkuatkuasa pada 3 Julai 2020 (Jumaat). Walau bagaimanapun, jumlah dan bilangan jemaah yang boleh mendirikan solat pada satu-satu masa ditetapkan seperti berikut:
1. Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Fardhu di Masji-Masjid berikut adalah seramai 1000 orang tidak termasuk Pejawai dan AJK Masjid
- Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
- Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
- Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
2. Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Fardhu di semua Masjid lain ditetapkan maksimum 500 orang tidak termasuk Pegawai dan AJK Masjid
3. Jumlah kehadiran jemaah di Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi mendirikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk Pegawai dan AJK Surau.
4. Jumlah kehadiran jemaah di Surau untuk Solat Fardhu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk Pegawai dan AJK Surau.
Selain itu, Selangor juga ada mengumumkan agar ibadah korban hanya dilaksanakan di Masjid-Masjid sahaja. Jika ada surau yang telah pun merancang melakukan ibadah korbang, boleh melaksanakannya di masjid-masjid berdekatan.
Jadi kepada warga Selangor, selepas ini anda tidak perlu lagi mendaftar dan tunggu giliran untuk lakukan Solat Jumaat dan Solat Fardhu secara berjemaah. Anda hanya perlu datang awal dan sila patuhi SOP yang ditetapkan seperti yang disenaraikan diatas.
sumber : facebook JAIS