Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Dibuat Sebelum Akhir Julai 2020

Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Dibuat Sebelum Akhir Julai 2020

Menteri Kewangan telah mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi pembayaran Fasa 3 akan dibuat sebelum akhir Julai 2020.

Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini telah dibuka bagi permohonan baharu dan kemaskini pada 1 Februari 2020 yang lepas. Sejak daripada itu, pembayaran Fasa 1 telah dibuat pada Januari 2020 kemudian pembayaran Fasa 2 dibuat pada Mac 2020 yang telah diawalkan disebabkan PKP dan penularan pandemik COVID-19.

BSH ini diberikan kepada 4 golongan yang layak iaitu mengikut jumlah pendapatan isi rumah dan juga golongan bujang (40 tahun ke atas). Sedikit sebanyak, bantuan kewangan ini dapat meringankan beban keluarga dan anak-anak.

Pembayaran BSH Fasa 3 Sebelum Akhir Julai 2020

Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Dibuat Sebelum Akhir Julai 2020

Jadi baru-baru ini, Menteri Kewangan, YB Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz telah membuat siaran media berkaitan Pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Janan Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan termasuklah makluman berkaitan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Beliau mengumumkan penerima BSH bagi semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak (yang bukan kawasan pedalaman), bayaran Fasa 3 akan dibuat sebelum akhir bulan Julai 2020 dan melibatkan 5 juta penerima.

Jumlah BSH yang diterima bergantung kepada pendapatan iaitu :
  • Isi rumah dengan pendapatan kurang RM2000 = Jumlah BSH adalah RM600
  • Isi rumah dengan pendapatan antara RM2000 - RM3000 = Jumlah BSH adalah RM350
  • Isi rumah dengan pendapatan antara RM3000 - RM4000 = Jumlah BSH adalah RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) dengna pendapatan kurang RM2000 = Jumlah BSH adalah RM400 

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) maksuma 4 orang anak.

Contoh : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM500 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120)

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai BPN dan Fasa Kedua dan Fasa Ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dengan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak).

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan dengan BSH, anda boleh ke laman web BSH di bsh.hasil.gov.my. Atau terus hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747

Post a Comment

Previous Post Next Post