Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Dibuat Mulai 24 Julai 2020, Jumaat

Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Dibuat Mulai 24 Julai 2020, Jumaat

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup, BSH 2020 bagi Fasa 3 akan dibuat mulai 24 Jula 2020 (Jumaat).

Sebelum ini, Menteri Kewangan, YB Tengku Dato' Sri Zafrul mengumumkan pembayaran akan dibuat sebelum akhir bulan Julai. Jadi penerima akan nikmati bantuan BSH sebelum Hari Raya Aidiladha.

Selain daripada pembayaran BSH Fasa 3, bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 juga akan dibuat bayaran secara sekali gus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Untuk makluman, jumlah BSH bagi Fasa 3 yang diterima bergantung kepada pendapatan iaitu :

  • Isi rumah dengan pendapatan kurang RM2000 = Jumlah BSH adalah RM600
  • Isi rumah dengan pendapatan antara RM2000 - RM3000 = Jumlah BSH adalah RM350
  • Isi rumah dengan pendapatan antara RM3000 - RM4000 = Jumlah BSH adalah RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) dengna pendapatan kurang RM2000 = Jumlah BSH adalah RM400 


Pembayaran BSH Fasa 3

Jadi bermula 24 Julai 2020 ini, segala bayaran BSH Fasa 3 akan dibuat terus ke akaun penerima. Selain daripada itu, kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak yang dimaklumkan sebelum ini juga akan diberi.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah di daftarkan dengan LHDNM. Bagi yang tidak punyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan BSN sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan Rayuan

Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Dibuat Mulai 24 Julai 2020, Jumaat

Bagi permohonan yang telah ditolak, jangan risau, anda diberi ruang untuk mengemukakan permohonan rayuan bermula mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 melalui online di portal BSH bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh datang di mana-mana cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Peruntukan ini bakal memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun). Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post