Jika anda berniat untuk lakukan Solat Istikharah untuk mencari petunjuk daripada Allah. Anda boleh dapatkan panduan penuh disini cara Solat Istikharah dengan doa yang diajar oleh Islam.
Solat Istikharah antara solat sunat yang anda boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja. Solat Sunat Istikharah dilakukan bertujuan untuk dapatkan petunjuk daripada Allah dengan keputusan melalui sesuatu pilihan atau bagi menentukan pilihan mana yang lebih baik.
Sebagai contoh, jika anda seorang pelajar mendapat dua tawaran di 2 buah universiti. Keduanya adalah kos yang terbaik untuk anda, jadi anda boleh lakukan Solat Sunat Istikharah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah, pilihan mana yang lebih baik.
Selain daripada itu, boleh juga bagi perkara-perkara lain seperti dapat tawaran pekerjaan, dalam solat jodoh dan sebagainya.
Berkenaan dengan solat istikharah, ia adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah;
Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”
Tetapi petunjuk yang dipohon daripada Allah itu bukanlah menjurus kepada maksiat dan kemurkaan Allah. Ini kerana, selepas membuat keputusan, semoga pilihan yang dibuat dipermudahkan segara urusan sehinggalah selesai.
Waktu Sesuai Solat Sunat Istikharah
Adalah lebih baik lakukan ketika qiamullai iaitu sepertiga malam. Jika tidak mampu, boleh lakukan bila-bila masa sahaja selain waktu tahrim iaitu waktu yang diharamkan solat. Lakukan solat istikharah sebanyak 3 hingga 7 hari berturut-turut. Insya Allah akan digerakkan hari untuk membuat sesuatu keputusan.
Lafaz Niat Solat Sunat Istikharah
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala
Jumlah Rakaat Solat Sunat Istikharah
Solat sunat istikharah boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam
Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah
Lakukan solat sunat istikharah sebagaimana anda lakukan solat sunat yang lain dengan rukun solat yang sama.
Rakaat Pertama : Selepas baca Al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Kafirun
Rakaat Kedua : Selepas baca Al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas
Bacaan Doa Dalam Sujud Akhir
Di sujud terakhir, bacalah ayat ini sebanyak 40 kali :
Maksudnya : Maha Suci Engaku, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Doa Istikharah Yang Boleh Dibaca
Berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai. Anda boleh baca dalam arab mahupun bahasa melayu (pastikan dibaca luar solat).
Insya Allah, Allah akan memahami doa kita dan memperkenankan doa kita.
Maksudnya :
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
(Rekod Imam al-Bukhari)
Kemudian, anda tambah dan bacalah doa dengan hajat yang anda mohon kepada Allah SWT dengan khusyuk dan ikhlas. Semoga doa diangkat dan dimakbulkan oleh Allah bagi mengerakkan hati kecenderungan ke atas urusan yang mana lebih baik.
Semoga bermanfaat!