Jika anda ingin aktifkan keyboard tulisan jawi di telefon anda, anda boleh ikuti langkah mudah ini bagi pengguna Android dan juga iOS atau iPhone.
Di papan kekunci telefon kita sebenarnya terdapat banyak jenis tulisan yang anda boleh aktifkan mengikut penulisan anda sendiri. Di dunia ini, bukan semua negara menggunakan huruf atau abjad rumi tetapi banyak negara yang menggunakan abjad tersendiri.
Disebabkan itulah, handphone dicipta mengikut kesesuain tempat. Jika ianya dihantar ke China, secara default, keyboard mereka akan menggunakan tulisan Kanji dan jika ianya dihantar ke Arab Saudi, tulisannya adalah tulisan arab dan sebagainya.
Jika di Malaysia, pastinya menggunakan tulisan rumi seperti biasa la, tetapi kita mempunyai budaya tersendiri dalam bidang penulisan iaitu tulisan jawi. Tulisan Jawi telah digunakan sudah lama sejak sebelum merdeka lagi dalam urusan rasmi. Huruf yang sama seperti tulisan Arab tetapi ada penambahan 6 huruf menjadikannya 37 huruf kesemuanya
Selain daripada itu, baru-baru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Hari Jawi dimana kita digalakkan untuk menulis facebook mahupun twitter dengan menggunakan tulisan jawi. Tapi macam mana nak tulis jawi kalau keyboard smartphone kita menggunakan tulisan rumi biasa?
Jangan risau, anda boleh lihat disini bagaimana cara untuk anda aktifkan keyboard tulisan jawi bagi pengguna Android dan iPhone dengan mudah.
Cara Tulis Tulisan Jawi Untuk Pengguna Android
Secara amnya, langkah ini boleh digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan platform Android. Ini kerana ianya menggunakan sebuah aplikasi rasmi Google iaitu Gboard. Tetapi ada peranti yang sudah tersedia aplikasi ini. Jadi anda tidak perlu download lagi.
1. Download aplikasi Gboard di Play Store
2. Jika sudah download, sekarang pergi ke Setting dan cari System > Languages & Input
3. Kemudian klik Virtual Keyboard dan pilih Gboard
4. Klik Languages dan klik Add Keyboard
5. Cari pilihan Malay (Arabic) (Malaysia)
6. Pilih tulisan tersebut dan klik Done
Untuk aktifkan Tulisan Jawi
1. Jika anda sudah berada di keyboard, anda klik dan tahan logo 'website'
2. Kemudian pilihan jenis tulisan yang anda sudah add seperti diatas (Malay Arabic Malaysia)
3. Dah boleh guna untuk semua huruf jawi iaitu daripada kanan ke kiri
Cara Tulis Tulisan Jawi Untuk Pengguna iPhone
Untuk pengguna iPhone ianya terbahagi kepada 2 iaitu pengguna iOS 13 dan iOS 12 ke bawah.
Tutorial ini menggunakan peranti iPhone 5s
Pengguna iOS 13 dan keatas
Untuk pengguna iOS 13, ciri tulisan jawi ini telah disediakan secara default, jadi anda tidak perlu untuk download apa-apa aplikasi tambahan daripadanya. Cara untuk aktfikan keyboard jawi adalah seperti berikut.
1. Pergi Setting > General > Keyboard
2. Kemudian klik Add Keyboard
3. Cari dan pilih Malay (Arabic)
Pengguna iOS 12 dan kebawah
Untuk pengguna ini, anda perlu muat-turun aplikasi tambahan di Apps Store.
1. Download aplikasi JawiKey secara percuma atau JawiKEY SIRIM (berbayar)
2. Jika sudah selesai, anda pergi Setting > General > Keyboard > Keyboards
3. Kemudian klik Add New Keyboard
4. Cari dan pilih JawiKey. Done
Untuk Aktifkan Tulisan Jawi
1. Jika anda sudah berada di keyboard, anda klik dan tahan logo 'website'
2. Kemudian pilihan jenis tulisan yang anda sudah add seperti diatas (JawiKey)
3. Dah boleh guna untuk semua huruf jawi iaitu daripada kanan ke kiri
Harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang ingin menggunakan tulisan jawi di telefon anda baik pengguna Android dan iPhone.
Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan di media sosial anda. Terima kasih