Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri semalam mengumumkan tiada sekatan perjalanan bagi pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha tetapi mestilah mengikut SOP yang ditetapkan.
Pengumuman tersebut sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana bimbang akan situasi jangkitan pandemik COVID-19 menunjukkan sedikit kenaikkan di beberapa buah negara. Kini seperti hampir setiap hari akan ada kes positif dengan angka 1 digit dan katanya jika angka tersebut cecah 3 angka, kemungkinan PKP atau PKPB akan di adakan semula. Ternyata melalui kenyataan Dato' Sri Ismail Sabri ketika sidang media tersebut tiada berita sedemikian.
Berbeza dengan negeri Sarawak sahaja. Ini kerana ada beberapa zon telah dikenakan kawalan pergerakan yang bermula 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020. Mana-mana individu yang ingin lakukan rentas antara zon, perlulah mendapat kebenaran daripada pihak Polis.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Hari Raya Kurban yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, haruslah diikuti oleh semua rakyat Malaysia bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 ini.
SOP Hari Raya Aidil Adha
Semua aktiviti Hari Raya boleh dilakukan kecuali rumah terbuka atau kenduri Hari Raya, bersalaman, ziarah kubur, takbir dari rumah ke rumah dan sajian makanan secara buffet layan diri. Ini antara aktiviti yang tidak dibenarkan seperti garis panduan SOP yang dikeluarkan oleh MKN. Sambutan hanya dibenarkan di dalam rumah dengan jumlah tidak melebihi 20 orang bagi setiap masa.
Pihak Kerajaan memutuskan untuk mengehadkan tidak lebih 10 ekor haiwan semasa ibadah korban. Oleh itu, hanya 20 orang dibenarkan bagi seekor haiwan yang dikorbankan. Selain daripada itu, galakan sembelihan korban dilakukan di pusat penyembelihan.
Ibadah sembahnya sunat Hari Raya Aidiladha pula hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP Sektor Sosial berkenaan Aktiviti Masjid dan Surau yang telah dikeluarkan. Terus bersurai dan pulang selepas selesai ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan SOP yang ditetapkan oleh MKN, cara paling mudah anda pergi sahaja ke Telegram MKN. Di sana akan dikemaskini maklumat terbaru dengan cara yang senang untuk anda perolehi