6 Cara Nak Jimatkan Bateri Smartphone Untuk Tahan Lebih Lama

Cara Nak Jimatkan Bateri Smartphone Supaya Tahan Lebih Lama

Kalau anda baru sahaja membeli smartphone, perkara utama yang anda perlu ambil berat selepas ini adalah ketahanan bateri. Jadi disini, akan di senaraikan beberapa cara nak jimatkan dan jaga bateri phone supaya tahan lebih lama.

Rasanya antara teknologi yang sedikit lambat untuk berkembang untuk tahun 2020 ini adalah bateri. Beli phone mahal-mahal tapi bateri paling lama pun tahan seharian. Caj pagi sebelum pergi kerja, petang dah kena caj lagi.

Itu kalau baru beli, agak-agak bila dah pakai 1-2 tahun pastinya ketahanan bateri akan menurun. Silap-silap caj pagi, tengah hari dan kena caj sudahnya bateri telefon cepat habis. Mungkin antara tanda bateri handphone rosak la tu.

Jadi untuk menjadikan bateri telefon tahan lama, ada beberapa tips dan langkah untuk anda aplikasikan kepada cara penggunaa harian. Ianya pasti sedikit sebanyak akan membantu ketahanan bateri dari tahun ke tahun. Takda lah setiap tahun nak kena pergi centre tukar bateri kan.

Langkah cara nak jimatkan bateri smartphone ini boleh digunakan pada Android dan iPhone yang kebanyakkannya menggunakan teknologi bateri yang sama. iPhone user lagi la concern pasal bateri health ni, bila dah turun 99% pun dah gusar kan. Itu mungkin sebab cara penggunaan anda yang menyebabkan bateri health itu turun.

1.  Hindarkan Main Handphone Sambil Caj

Hindarkan Main Handphone Sambil Caj

Ini rasanya antara perkara yang biasa sekali dilakukan oleh pengguna phone lagi-lagi yang minat bermain game. Bila main game, bateri akan cepat habis, jadi solusinya adalah sambung charger untuk caj telefon la jawabnya. Jadi akan berlaku lah main handphone sambil caj.

Kesan kepada telefon anda adalah, fon akan cepat panas dan ini akan memberi kesan kepada bateri dan motherboard. Lama-kelamaan ketahanan bateri akan berkurang dan fon akan cepat habis bateri la jawapnya. Jadi hindarkan main handphone sambil caj

2.  Elakkan Terdedah Dengan Cuaca Panas

Main sambil caj akan menyebabkan fon panas. Guna fon di cuaca yang panas juga akan menyebabkan fon menjadi panas. Suhu panas tidak baik untuk telefon dan juga bateri di dalamnya. Jadi jika anda rasa ketika itu, cuaca panas, cuba kurangkan penggunaan kalau tiada keperluan. Cari kawasan yang sedikit sejuk atau guna sekejab-sekejab sahaja. Jangan biarkan fon menjadi panas dalam masa tempoh yang lama

3.  Guna Kabel Yang Berkualiti

Guna Kabel Yang Berkualiti

Ini anda kena tahu, kalau dah beli telefon mahal, jangan expect untuk guna kabel murah pula. Pastikan sama level tau. Kalau dah fon mahal, aksesori kenalah mahal juga, kalau tidak komponen dalam telefon tersebut akan terkesan. Sebagai contoh pengguna iPhone yang pastinya dalam lingkungan telefon mahal, kena la cari kabel dan charger yang mahal juga.

Kabel Android banyak pilihan kualiti yang boleh di dapatkan dengan harga berpatutun tetapi kalau iPhone sangat terhad dengan harga yang murah. Jadi kalau anda ingin dapatkan juga selain kabel original, anda boleh dapatkan kabel yang  mempunyai sijil MFI. Anda boleh dapatkan di pautan Lazada seperti dibawah dengan seller yang boleh dipercayai:

Kabel Lightning MFi iPhone :

Kabel Type-C to Lightning MFi :


Power Adpater USB-PD (Fast Charge)

4.  Aktifkan Optimize Battery Charging / Saving Mood

Optimize Battery Charging

Dari segi software, untuk buat bateri tahan lebih lama untuk pengguna seharian, anda boleh aktifkan Optimize Battery Charging untuk pengguna iPhone dengan cara Setting > Battery > Battery Health dan on kan Optimize Battery Charging.

Untuk pengguna Android (Pixel 2XL) boleh pergi setting > Battery > Battery Saver (Turn on now). 

Ciri ini akan sleep kan ciri yang tidak penting seperti location, gps, aplikasi running background dan sebagainya. Sekali gus, akan mengurangkan penggunaan bateri dan bateri akan tahan lebih lama untuk penggunaan seharian

5.  Gunakan Dark Mood

Cara nak jimatkan bateri smartphone seterusnya adalah menggunakan fungsi dark mood. Jika fungsinya dihidupkan, interface aplikasi termasuk fon itu sendiri akan akan bertukar kepada warna gelap. Ini akan memberikan penggunaan bateri yang kurang disebabkan warna putih yang kebiasaanya memerlukan tenaga yang banyak dikurangkan. Jadi on kan sahaja dark mood tersebut

Telefon akan mengurangkan penggunaan cahaya yang lebih sekali gus dapat jimatkan bateri. Lagi pun, takda la sakit mata kalau tengok fon dalam gelap. Bateri tahan lama, mata pun tahan lama juga. Elakka daripada silau kan.

6.  Kurangkan Brightness Skrin Dan Sleep

Akhir sekali, anda boleh buat supaya bateri tahan lebih lama dah tenaga bateri lambat habis adalah kurangkan kecerahan skrin atau screen brightness. Kurang cerah bermakna penggunaa tenaga bateri juga kurang. 

Selain itu, sleep timing juga perlu dipendekkan. Jika anda tidak menggunakan telefon, skrin akan terpadam secara automatik. Mungkin boleh buat 10 saat sahaja dan akan terpadam sendiri. Takda la membazir bateri kan.

Harap 6 cara untuk jimatkan bateri smartphone ini akan memberi kepada semua pengguna telefon pintar sama ada daripada Android mahupun iPhone. Fon dah mahal, janganlah korbankan bahagian bateri ni pula tau.


Post a Comment

Previous Post Next Post